CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

May 15, 2012

Alhamdulillah : Part 4 (Last Part)


Assalamualaikum sume. Wah, dah sampai part last. Alhamdulillah. Ermm... sebelum ni mesti korang duk terpikir, napelah tajuk entry aku ni "Alhamdulillah", macam tak kaitan pun tajuk dengan entry-entry tu. Sebenarnya ada... cuba korang fikir balik. Kita patut bersyukur, sebab dijadikan sebagai manusia. Dikurniakan akal oleh Allah s.w.t. Dijadikan lebih mulia dari makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain. Dan kerana itulah kita patut melindungi ciptaan Tuhan. Bukankah manusia dijadikan sebagai khalifah di  muka bumi. Bukankah Allah telah berfirman; "Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini."

Dan bersyukur sebab kita ni mungkin mendapat rezeki atau kesenangan yang lebih dari orang lain. Teringat pulak aku cerita seorang hamba Allah, seorang lelaki yang kaya dan cukup hebat. Suatu hari beliau mengadakan jamuan, meraikan anak-anak yatim. Dihidangkannya makanan yang cukup enak kepada anak-anak itu dan beliau hanya melihat sahaja anak-anak itu menjamu selera. Selepas anak-anak itu pulang, barulah beliau menjamu selera. Dan percayalah kengkawan, lelaki itu mengutip sisa-sisa anak-anak yatim itu lalu memakannya. Kita biarkan part dia ambil sisa anak-anak yatim tu, tapi fikirlah dari sudut yang lainnya. Sudut yang mana beliau memberi kepada yang memerlukan. Rasulullah s.a.w juga pada suatu masa, setiap kali selepas berjemaah; baginda akan berkumpul dengan sahabat-sahabat baginda dan mengarahkan mereka masuk ke setiap lorong yang ada di Madinah. Memberi sedekah kepada setiap penduduknya. Anak-anak yatim diberi makan, dan disuap sendiri oleh baginda. Alangkah indahnya perkerti Muhammad s.a.w yang tiada gantinya.

Jadi kengkawan sume, marilah kita bermunajat kepada Allah. Mengakui semua kesilapan yang dah kita buat. Tak kiralah sama ada kita sedar atau tidak. Sebagai hamba kita memang selalu buat kesilapan. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ni. Kecuali rasul-rasul-Nya. Aku teringat tips yang pakcik tu ajar ntuk bermunajat, nanti boleh la kita try wat sesama kan?

Cara-caranya:
1. Korang amik wuduk, (if korang baru lepas solat lagi bagus.)
2. Duduk antara dua sujud, (pastikan korang mengadap kiblat.)
3. Tahan nafas dalam-dalam
4. Sebut semua kesalahan korang dalam hati, eg: "Ya Allah... Aku ni dah banyak lakukan maksiat..." etc.... dengan cara merintih (sayu dan penuh dengan rasa bersalah)
5. Lepas tu, sebutlah "Astaghfirullah hal azim" perlahan-lahan.

InsyaAllah... korang akan rasa effect dia. Ermmm... berdoalah semoga kita diampunkan dosa oleh-Nya. Amin...~

p/s: Ilmu adalah ntuk dikongsi. Korang bleh share ngan sesape je kalau korang nak. Hehe... Jalanilah hidup ini dengan penuh berhemah. Salam....~

0 comments: