CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 13, 2012

Sometimes life like that

Salam all,



Dah lama betul tak update blog ni. Makin lama makin hidup segan mati tak mahu. Huhuhu... Kesian...~~ Alkisahnya, memang la ada cadang nak update, tapi idea takde plak. And aku pun tak nak lah post benda-benda yang tak berfaedah ni. Karang makin kurang plak pahala aku yang memang dah kurang ni. Sebenarnya, memang banyak benda yang berlaku sejak akhir-akhir ni. Baik dan buruk. Tapi selalu jugaklah aku ingatkan diri aku yang setiap yang buruk tu sebenarnya ada kebaikannya. Kan tu yang dah dijanjikan oleh Allah. 

Walaupun kadang-kadang rasa tertekan jugak dengan apa yang berlaku, tapi anggap je semua tu sebagai dugaan... Kalau aku senang je, setiap dugaan yang datang tu semua sebab Allah sayangkan kita. So, accept it no matter what and live the life just like you always did. Sebab semuanya ujian Dia untuk kita hamba-Nya yang selalu aje lupa. Kadang-kadang kalau dah senang tu, enjoy sana enjoy sini. Sampaikan kita lupa yang kesenangan tu sebenarnya pinjaman je. 

Dulu... aku selalu rasa macam tak adil sangat. Sebab.. setiap kali ada masalah, akulah tempat orang meluahkan rasa. Sedih, marah, kecewa etc.. or even when their happy. Aku jugalah tempat dorang mengadu. Dan aku suka atau tidak, dengar jelah masalah dorang dan kadang-kadang aku akan bagi nasihat. Bukanlah aku nak bangga diri ke apa, tapi memang begitulah hakikatnya. Tak kira berapa jauh pun kawan aku, parents aku or adik-adik aku, memang akulah tempat dorang mengadu. Rasa happy juga kalau dapat tolong orang ni, even for just a single sentences. Rasa macam pakat motivasi pun ada jugak aku ni. Hahaha... tapi itulah kehidupan. Kadang-kadang kita rasa yang diri kita ni sangat tak penting, hakikatnya kita sangat penting pada orang lain. Itulah kehidupan. Kita takkan pernah menghargai diri sendiri. But trust me, if you know how to appreciate yourselves, people will appreciate you more than you know. Biarlah hidupnya kita memberika
Hidup satu perjalanan
n sinar pada orang lain, dan pemergian kita meninggalkan seribu kenangan bermakna pada mereka. Hidup ini saling bergantungan pada yang lain. Senyum dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. 

0 comments: