Kengkawan ku sekalian... Assalamualaikum & selamat petang sume. Hari ni aku baiklah pulak, kan? Selalu takdenye aku post entry bagi salam dulu ke apa. Memang tak bagus aku ni... Hahahaha... Base on today's topic (cewah...~), aku nak kongsi ngan korang pendapat aku tentang parents kita. Well, aku tau... Dah ramai kot wat post entry macam ni, (macam biasa aku memang selalu ketinggalan pun...Haish!).
Cool People
October 31, 2011
5 Sebab Kenapa Mak & Ayah Korang Cool
October 30, 2011
10 Gadget Yang Kita Harap Betul-betul Wujud
Kita selalu tengok movie 'Sci-Fi' and of course, every movie has their own cool gadget. Sampaikan kita harap sangat yang gadget-gadget yang cool tu betul-betul wujud. Meh kita check-it-out thise cool gadget.
Top 10 Sci-fi Gadget:
October 28, 2011
Kawasaki Disease
Isk... Sebut je Kawasaki mesti terbayang dalam kepala korang motosikal atau apa sahaja kenderaan yang berjenama Kawasaki. Aku bukan nak cerita pasal motor (walaupun aku suka dengan motor), tapi sejenis penyakit yang dikenali sebagai Kawasaki Disease (KD). KD berlaku pada kanak-kanak di mana mereka mengalami keradangan pada salur darah.
Hari Ni Aku....~
Aku tunggu lagi, tak lama kemudian 'roommate' ku sampai juga. Dia terkejut tengok aku atas tangga, tengah layan feeling sensorang. Aku pun gtau dia apa yang jadi, last-last dia bantai gelak jugak sebab dia pun tertinggal kunci masa nak g kelas tadi. Adoi... elok sangatlah. Dengan segala kudrat yang ada (sebab masa tu sangat lapar) kitorang ketuk pintu rumah tu macam nak gila. Huhuhu.... Naik tensen 'roommate' aku sebab takde jawapan. Aku pula kontrol cool macam biasa, ketuk juga pintu tu. Hinggalah ada sorang 'housemate' kitorang yang bukak pintu tu. Huh, nasib baik.
Tulah yang jadi tengah hari tadi, masa orang kalut-kalut nak pergi semayang Jumaat. Moral of the story, jangan lupa bawak kunci rumah ke mana sahaja korang nak pergi. Kalau lupa jugak bolehlah korang slow-slow buat kunci tu jadikan rantai, supaya korang tak lupa. Second moral, jangan lupa bawak hanset korang. hari ni baru aku sedar pentingnya hanset. Selama ni, aku selalu letak merata-rata hanset aku tuh. Third moral of the day, berbaik-baiklah dengan 'housemate' korang supaya senang korang nak mintak tolong. Jangan lupa juga untuk dapatkan nombor tepon dorang supaya senang korang nak kontek dia.
Sekian...~
October 27, 2011
10 Cara Pemakanan Yang Berkesan
Okey entry kali ni aku nak kongsi pasal 10 cara untuk pemakanan berkesan.
1. Makanan ringan.
Kali ni ape kata kalau kita tukar makanan ringan yang selalu kita makan tu pada makanan ringan yang lebih sihat. Sebagai contoh, instead kita makan junk-food (terutama yang ada banyak kalori tu) kita makan buah-buahan pula. Macam pisang ke? Betik ke? Epal ke, (kan orang cakap 'an apple a day keep a doctor a way'). Ataupun kita makanlah makanan macam oatmeal bars ke? Apa yang pasti kurangkan kalori dalam makanan ringan tu.
2. Masa membeli belah
Okey, kalau kita pergi membeli belah kurang ke bahagian-bahagian makanan ringan. Kita pilihlah ke bahagian yang menjual makanan segar yang pastinya kurang kolestrol dan bahan pengawet yang komfem tak baik untuk badan.
3. Baca label dahulu
Baca label yang ada dekat kotak makanan atau pun tin-tin mahupun botol-botol makanan yang kita ambik tu. Sama ada 'low-fat' atau 'light'. Bagaimanapun, jika ia dilabel sebagai 'low-fat', makanan tersebut masih tinggi dengan kandungan sodium dan mungkin juga ia akan kurang gula tetapi masih tinggi dengan kandungan lemak. Seelok-eloknya baca dulu fakta nutrisi yang ada.
4. Penyukatan pengambilan makanan
Yang ni rasanya senang untuk kita lakukan. Contohlah senang, kan? Kalau kita makan nasi, kita sukat berapa banyak yang kita nak ambil dengan menyukatnya menggunakan tapak tangan. Sesetengah orang juga menggunakan genggaman tangan untuk menyukat jumlah makanan yang mereka nak ambil. Kedua-dua kaedah ini bersamaan dengan secawan makanan (nasi) yang akan kita ambil.
5. Menahan diri dari mengambil makanan yang tidak sihat
Cuba kita tahan diri kita dari mengambil makanan yang tak sepatutnya. Ajar diri sendiri untuk memilih makanan yang perlu kita makan. Rasa manisnya buah epal tu pastinya tak boleh nak melawan rasa manis gula, tapi itulah yang perlu kita lakukan. Kita perlu melatih deria rasa supaya menggemari makanan-makanan seperti buah dan sayur.
6. Lemak alternatif
Maksud kat sini, kita perlu tahu lemak-lemak alternatif selain yang sedia. Contohnya:
- Guna mustard dan bukan mayo
- Guna 'brown rice', 'whole wheat', 'rye' atau 'oat bread' dan bukan roti putih biasa
- Guna daging 'turkey' atau ayam dan bukan daging lembu
- Lebih baik membakar atau merebus daripada menggoreng
- Minum lebih banyak air kosong daripada jus atau soda
- Gunakan sos yang rendah lemak dan mintalah pelayan anda untuk mengasingkan sos dari hidangan
- Mengambil susu yang bebas lemak dan keju yang dibuat daripada 'milk skim' sebagai gantian kepada susu biasa
- Mengambil sayuran sebagai hidangan tambahan kepada makanan bergoreng
- Lebih baik membawa bersama buah-buahan atau kekacang sebagai bekal daripada mendapatkan makanan ringan daripada mesin-mesin makanan ringan
October 26, 2011
Seiyuu Debut Next Year
Rasanya dah lama plak tak buat review pasal anime or manga. So entry kali ni, aku review sikit pasal Nabuhiko Okamoto, seorang seiyuu (pelakon suara) yang bakal debut tahun depan di bawah label Kiramune, Lantis And Bandai's Visual. Setakat ni beliau dah menyumbangkan suaranya untuk beberapa anime termasuklah anime kegemaran aku; Rin Okumura (Blue Exorcist), Eiji Niizuma (Bakuman), Night Kijima (Sacred Seven), Abel (Slayers Revolution-R), Ivan Karelin/Origami Cyclone (Tiger and Bunny) dan juga Shin Kanzato (Persona -trinity soul-).
Beliau juga akan membuat persembahan di Kiramune Music Festival 2012 pada 17 hingga 18 Mac. Bersama Okamoto yang akan membuat persembahan pada festival tu juga ialah CONNECT, Irino Miyu, Hiroshi Kamiya, Daisuke Namikawa, Tetsuya Kakihara dan Trignal.
Jom kita kenal-kenal dulu dengan seiyuu bakal bergelar penyanyi ni....:
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1986 (25 tahun)
Tempat Asal: Tokyo, Japan
Jenis Darah: B
Tinggi: 168cm
website: Nobuhiko Okamoto @ Pro-Fit (Japanese stream)
blog: Blog Nobuhiko Okamoto ブログ「岡本的風景」 (Japanese Stream)
Video announcement untuk debut tersebut telah dibuat dan hanya boleh didapati di website rasmi Kiramune (dalam bahasa Jepun sahaja), but still korang boleh check-it-out kat [http://kiramune.jp/news/index.php?subaction=showfull&id=1319382242&archive=&start_from=&ucat=2&]
p/s: tak sabar lak aku tunggu nak dengar suara dia nyanyi.... Huah... かわいい!!!
October 25, 2011
Lately...~
Hasil kerja aku selama beberapa hari ni.... Masih amatur, masih diperingkat percubaan....~
Sebelum |
Selepas Takuya 8 (UVERworld) |
Sebelum |
Selepas Kim Hyun Joong (SS501) |
Sebelum |
Selepas L'Arc En Ciel wallpaper |
October 24, 2011
Cerita 1942-1944
Sekali lagi aku nak cerita pasal sejarah Tanah Melayu. Kali ni aku spesifik sikit. Kita cerita pasal penjajahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1944. Hanya dalam masa beberapa minggu atau beberapa bulan je negara Matahari Terbit ni menawan Tanah Melayu. Mungkin sebab ada beberapa faktor yang membolehkan dorang ni berjaya dalam misi penjajahan dorang ni berbanding Inggeris yang amik masa bertahun-tahun. Tapi tu bukan tujuan asal aku nak cerita, sebab tu fact yang semua orang tahu.
Pernah tak korang terfikir, kenapa Jepun serang Tanah Melayu? Padahal dorang takde niat pun nak membangun sesuatu negara tu (negara kita senang cerita). Nak kata dorang nak bebaskan rakyat Tanah Melayu dari orang Inggeris pun tak juga. Sebab dorang takde beza pun dengan penjajah kulit putih tu. Sama-sama menjajah. Cuma dorang takdelah nak korek hasil bumi tercinta ni, macam Inggeris yang buat macam harta dia sendiri. Padahal dorang tu menumpang je pun.
Kekejaman tentera Jepun semasa penjajahan mereka memang tak dapat dinafikan. Hakikat ni memang terbukti... |
p/s: Sedar tak sedar sebenarnya Jepun masih menjajah kita dengan 'SELIPAR JEPUN.' Hahahaha.... Apa pun TQ kat cikgu Kenegaraan Malaysia sebab buat aku terfikir pasal ni.
October 23, 2011
Kepada sesiapa yang ternampak pos ni...
Beberapa bulan lalu, aku ada pos novel aku kat penulisan2u. Tak ramai yang bagi komen, aku pulak memang nak sangat orang komen novel aku tuh. Nak jugak tahu apa pendapat orang pasal cerita tu. So, to those yang ternampak pos ni silalah baca (kalau sudi, saya tak paksa).
October 20, 2011
Aku Budak Teruk!
October 19, 2011
Most Peaceful Country 2011
October 18, 2011
October 17, 2011
Penjajahan: Konspirasi atau Bantuan?
Huh, tak tahulah kenapa tiba-tiba aku tergerak nak tulis pasal penjajahan pula kali ni. Mungkin sebab aku baru balik dari kelas kenegaraan, tu yang membuatkan aku rasa terpanggil nak wat entry macam ni. Kalau cerita pasal sejarah Malaysia or Tanah Melayu or seangkatan dengannya, aku memanglah tak pro. Masa SPM pun dapat B3 je pun, itupun kire nasib baik. Tak payahlah aku nak panjang-panjangkan aku punye merepek ni, kan? Korang bukan minat nak baca pun. Meh aku straight to the point je.
Macam tajuk aku kat atas tu. Aku tak nak cerita facts yang korang memang dah tahu, even korang lagi tahu dari aku. Tapi aku just nak share pendapat aku tentang penjajahan ni. Dari pemerhatian aku, pembacaan aku yang tak seberapa dan cerita yang aku dengar sebelum ni, aku seolah-olah boleh nampak kat mana silapnya kita sampaikan kita terjajah hampir ratusan tahun. Ni point-point aku:
Sebab apa aku state benda ni. Korang tengok contoh ek, masa zaman pemerintahan terdahulu tak kiralah sama ada raja atau pembesar dorang sibuk bergaduh sesama sendiri kerana mahukan kuasa pemerintahan. Dan dari situlah orang Inggeris mengambil kesempatan dengan kononnya nak membantu sesuatu raja atau pembesar itu.
2. Mudah tertipu.
Ni sangatlah terbuktinya, dari mula-mula datangnya Francis Light kat Pulau Pinang 1786, kononnya datang nak menawarkan bantuan. Dan selamba pulak tu kata Pulau Pinang masa tu takde undang-undang lagi padahal pada masa tu, dah wujud penempatan-penempatan kat pesisir pantai Pulau Pinang... etc. Tak cite yang selepas tu sebab agenda dorang same je.
3. Sebab zaman kejatuhan sesuatu tamadun.
Zaman kejatuhan Pemerintahan Melayu Melaka menjadi tapak permulaan kenapa kita boleh dijajah. Bermula dari Portugis pastu Belanda, Inggeris dan Jepun. Takdelah aku nak salahkah Sultan Melaka masa tu yang menyebabkan sejarah penjajahan bermula, tapi hakikatnya setiap tamadun itu pasti akan jatuh juga. Seperti yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun dalam buku beliau, lebih kurang macam ni ' Sesebuah tamadun itu bermula dari satu titik, dan ia kemudiannya berkembang dan akhirnya akan bertemu pada titik permulaan.' Kira senang cerita macam ni, korang bayangkan roda. hidup kita macam roda, bermula dari bawah, kemudian naik ke atas dan akhirnya turun ke bawah semula. macam tu juga dengan tamadun. Tapi tengoklah punca-punca kejatuhan tamadun itu sendiri. Kadang-kadang di sebabkan oleh keangkuhan pemerintah itu sendiri.
Dua kuasa dunia yang menjajah Tanah Melayu dan meninggalkan kesannya hingga kini.
Inggeris menjajah Tanah Melayu bermula pada tahun 1841- 1940 dan kemudiannya kembali ke Tanah Melayu 1946 -1957. |
Tentera Jepun mula menjajah Tanah Melayu pada tahu 1941 -1945 |
p/s: Note aku ni bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak. Sama ada pemerintah terdahulu atau sesiapa sahaja yang terlibat. Aku cuma belajar dari sejarah dan nak berkongsi pendapat aku tentang penjajahan yang berlaku 54 tahun dulu. Eleh, aku pun bukan bagus sangat pun. Still terjajah kot.. Tengok playlist aku kat sebelah pun dah tau. Hahahaha....!
October 16, 2011
Story from my playlist PART 1
The 'HEROES COME BACK [+nobodyknows]'. "Hei, 'HANDS UP [2PM]'," he said. All the criminals like 'SHOCK [B2ST]', and they said "'I'LL BE BACK [2PM]'," before they 'TAKE OFF [2PM]' from the town. All the 'INNOCENT SORROW [ABS]' 'HOWLING [ABS]' for joy when the bad guys left.
"Don't worry there's a 'MICHI - TO ALL OF YOU [ALUTO]' because you're not 'ALONES [Aqua Timez]'. Under this 'AOI SORA [Aqua Timez]' we 'ITSUMO ISSHO [Aqua Timez]'." Said the heroes when the people of the town came to him. "This isn't a 'FICTION [B2ST], when there's a 'MYSTERY [B2ST]' and there's will be me. Because i'm goin' to 'KIMI NO MACHI MADE [Kung-fu Generation]'." He said later on.
October 15, 2011
Quotes Compilation
October 14, 2011
I Wish...~
Bangsa Qayyim
Serius, aku tak tahu macam mana nak start entry ni. Blur kejap pun ade jugak. Semalam punyalah beria-ia nak tulis tajuk ni, alih-alih terus lupa. Tulah lain kali kena buat notes dulu, barulah idea tu tak hilang, ye tak? K2... Aku tak nak melalut banyak-banyak. Kang korang kata, amendelah dia ni, kan? Hahaha...
October 13, 2011
Foto Masjidil Haram Yang Diambil Dari Satelit
p/s: Aku just copy paste (cilok dari orang), so credit goes to the owner of the pictures [http://kisahislami.com/foto-masjidil-haram-dilihat-dari-satelit/]
Mangaka Dijumpai Mati... ~_~;
Pada 9 Oktober yang lalu, mangaka 'Yoiko no Mokushiroku', 'Swweeet', 'China Girl' dan 'Strobe Light'; Kei Aoyama dijumpai mati di rumahnya di Bandar Komae, Tokyo dalam keadaan tergantung. Menurut pegawai polis dari Metropolitan Police Department's Chofu, tiada nota bunuh diri yang ditemui di tempat kejadian. Namun pada 6 Oktober, beberapa hari sebelum kejadian, mendiang seolah-olah memberi petunjuk melalui Twitternya. 'There are many unfinished things and dreams that I wanted to achieve, but there isn’t much that I look back on with regret.' Dan kerana itu, polis telah mengklifikasikan kes sebagai kes bunuh diri apabila mendapati tiada kesan pergelutan pada mayat mendiang, atau kesan pecah rumah.
Manga Yoiku no Mokushiroku yang masih diterbitkan oleh majalah Evening (Kondasha) |
Manga Swweeet salah satu dari hasil nukilan mendiang |
Bila Manga Band Di'real-life'kan
Erm... korang mesti duk terfikir, 'apelah yang ko merepek ni', kan? Masa aku duk godek-godek tenet ni, terjumpa la pula satu band ni. Baru je debut tahun ni, dan dah keluarkan 2 single; Clover dan Michi. Dorang terdiri daripada 3 orang (2 lelaki n sorang pompuan). Band ni asalnya dari manga dan anime Sket Dance yang dilukis oleh Kenta Shinohara. Walaupun keseluruhan lirik berasal dari manga dan juga anime ni, tapi dah dipersembahkan secara real-life oleh THE SKETCHBOOK melalui laman web rasmi The Sketchbook Project.
Terdiri daripada:
Hiroshi Tada
Position: Voice/Bassist
Age: 23 y.o (1 Feb 1988)
Hobbies: Lyricist, Composer
Tech. Feature: General Sport
Yuu Watanabe
Position: Drummer
Age: 23 y.o (27 April 1988)
Hobbies: Comics, Sweets
Tech. Features: Yo, get a low voice
Riko Kohara
Position: Guitarist
Age: 21 y.o (3 Feb. 1990)
Hobbies: Cosplay
Special Skill: Cooking
CLOVER Album Cover |
MICHI Album Cover (Both Singles had been released on 28 Sept. 2011) |
Sebenarnya aku pun tak tau banyak sangat pasal band ni (baru lagi kot). Pape pun... Jom layan dulu lagu dorang Michi ni.
For more info 'bout the band, check this link up [http://thesketchbook.jp/]
p/s: So far, aku rasa lagu ni okey. Best gak la....! Style Riko main gitar pun superb. Cayalah!