Cool People
December 11, 2011
Propa Politik: Politikus atau Platipus?
December 10, 2011
Forgotten Love
December 07, 2011
Mencari Haluan
Sori... Beberapa minggu ni aku memang takde idea nak update blog ni. Bagi korang yang suka baca apa yang aku tulis, trimas banyak-banyak... Walaupun kadang-kadang tuh, aku banyak merepek dari kongsi fakta dan apa yang sepatutnya. Dan sebab tulah aku menghilangkan diri selama beberapa hari, mencari idea dan mencari apa sebenarnya yang patut aku kongsi dengan korang. Yelah... Takkan asyik nak merepek je, kan? Pergh.... Bukan dapat pahala kalau cam tu... Menambahkan dosa aku yang memang dah banyak ni adelah. Hahahah....
Beberapa hari ni banyak benda dah jadi (walaupun, aku just terperap kat umah), tapi adalah satu dua perkara yang buat aku bukak mata.... Sedar balik sape aku yang sebenarnya. Berdiri di bumi nyata. Erm.... entahlah....! Aku maleh nak cerita benda-benda tu semua. Tapi ada satu soalan yang berbekas lam hati aku sampai skang.... 'Bertuahkan aku?' Sebenarnya... Ni member aku yang tanya... "Ko rasa aku bertuah tak?" So.. Aku jawablah "Ye!" Dan masa tulah aku mula terfikir... 'Erm... Aku ni bertuah ke?'
Kalau dulu, serius cakap aku memang rasa tak bertuah. Yelah... Dengan life aku yang terumbang-ambing. Takde impian... Pastu rasa macam takde harapan... Tambah pulak dengan semua yang aku buat tak menjadi, membuatkan aku rasa akulah manusia yang paling malang. Kalau fikir-fikir balik, 'Ya Allah jahilnya aku.' Bukanlah aku nak kata hidup aku sekarang ni dah perfect... Ade lagi yang tersangkut kat mana-mana, tapi takdelah sampai aku terfikir cam dulu. Skang... Aku dah kenal diri aku yang baru... Walaupun masih lagi digelar "DARK" tapi, aku punye mind set dah berubah.
Aku, kau, dia, mereka dan semua orang semuanya bertuah. Walaupun Tuhan dah turunkan satu bencana pada korang. Satu kepayahan hidup, tapi tu sebenarnya ingatan DIA pada korang dan juga pada aku. Bertuahkan? Masih disayangi Tuhan. Diturunkan bencana dan bala hanya untuk menguji kesetiaan korang pada DIA. Takkan tak rasa bertuah kot? Dapat kasih sayang dari Tuhan macam tu? Aih, peringatan lagi baik dari berterusan dapat nikmat. Kang kalau selalu dapat nikmat, mulalah nak riak dan takbur. Kalau dapat peringatan, kita akan sentiasa berhati-hati supaya kita selalu berada di jalan yang betul. Satu je kita kena ingat pada penghujung ujian tu ada satu balasan yang cukup indah kalau kita tetap sabar. Aih, kalau aku ingat macam ni dulu kan bagus? Sekarang ni macam terlambat pulak. Hahahaha...!
Erm... entahlah! Aku tak nak merepek panjang-panjang. Kadang-kadang semua ni kita kena fikir sendiri. Kesedaran tu ada dalam diri kita. Nak dengan tak nak je untuk kita cari jawapan untuk semua soalan yang ada dalam kepala kita ni. Bak kata ustaz aku 'Tepuk dada, tanya IMAN.'
p/s: Haih... harap-haraplah kita jadi manusia yang lebih baik... Korang pun doakanlah semoga aku ni berubah. Aminn....~
December 01, 2011
Love Oh Love
November 25, 2011
Baby Born And Go by UVERworld
November 24, 2011
Raja Puzzle...!
November 19, 2011
Samurai Seven vs SEALS
Dah lama aku tak update blog ni. Skang ni memang busy sket dengan assignment and test. Nasib baik berjaya gak aku siapkan. Jangan risau aku bukan nak cerita aktiviti aku beberapa hari ni, tak best lah kan? Cuma kali ni aku nak cerita-cerita sikit sal tajuk entry aku kali ni. Masa aku sekolah dulu aku suka sangat tengok anime ni; Samurai Seven.
Pastu beberapa hari lepas masa aku duk belek-belek majalah peberet aku, aku ternampak satu article yang Hllywood nak memodenkan drama klasik Jepun ni. Wah, macam best je tajuk dia masa aku baca. Tapi bila dah stat baca article pendek tu aku jadi cam tak puas hati lak, kelakar pun ade jugak. Ceritanya, sebuah kampung kat Afghanistan ni diserang oleh sekumpulan perompak.Dan datanglah bantuan-bantuan cam samurai lam cite Samurai 7 ni ntuk membantu dorang. Tau tak korang sape perompak-perompak tu? Dan sape pulak yang jadi so called hero tu? Perompak-perompak tu adalah tentera Taliban dan so called hero dalam filem ni tak lain tak bukan..... Anggota tentera SEALS.
Aiyak.... Sape perompak, sape hero sebenarnya ni? Aku memang dah gelak guling-guling time ni. Sakit perut aku duk gelak. Alahai.... Bangangnya....! Ada harte orang-orang kat Afghanistan sana nuh nak upah si mangkuk-mangkuk tentera SEALS ni. Hahahaha.... Adoila..... Korang yang rasa korang 'baik' cam si pengarahnya, Christopher McQuarrie leh la pi tengok cite ni nanti. Skang filem ni masih lam pembikinan. Aku rasa lagi satu filem 'epic' terhebat dari US yang sangat bangang!!!! Hahahaha....
Christopher McQuarrie Pakcik tua tak sedar diri banyak hasilkan filem yang kebanyakannya berkisar tentang anggota SEALS |
p/s: Haih... Aku still rasa nak tergelak lagi ni. Yang kena serang tu Afghanistan, yang tentera SEALS tu boleh menyibuk kat situ kenapa? Dah rasa macam dorang tu penyelamat bumi ke? Huh? Ultraman lagi baguslah!!! Saje nak tunjuk yang Islam ni pengganas. Weh, sape pengganas nih? Kesian dorang yang akal pendek dan just nampak dari permukaan je...!
November 11, 2011
Nilai Sebuah Kehidupan
November 03, 2011
UVERworld 20th Single is Coming Out
At first they don't have any plan for releasing a new single, but after their April road tour had been postponed because of the Tohoku Earthquake last March, they decided to release new one.
'Kinjito' will be use in Ao no Exorcist:The Phantom Labyrinth Of Time for new PSP game this winter. And the 'Baby Born & Go' will become the CM song for AXE Fragrance And Body Spray. The single also include remixes of the song and DVD of music videos and live footage from their Zepp Tokyo Concert on July 27th.
The band is in their 'Life 6 Sense' tour and they're expected to perform these new songs during their upcoming shows. But for those who unable to go to the shows (like me... T_T), you can listen to their preview for the both songs at their official website. [UVERworld Official Site]
p/s: Aku dah dengar lagu baru tu... & memang SUPERB BEST... so korang pun layan...~
November 02, 2011
Death Note: Another Live Action
Demam KPop: Kim Hyun Joong
LOL...! Sejak akhir-akhir ni ramai betul yang demam KPop. Aku terkena la tempias jugak, tapi takdelah kuat sangat. Sipi-sipi je... Hehehe... Aku nak specific sikit la bila cerita pasal Kpop ni. Memang ramai betul band, pelakon (& what so ever), kan? Aku pilih Kim Hyun Joong untuk entry kali ni. Sebab? Lorh... jawapan die senang je. Sebab aku suka dialah.. XP hahahah....!
Ekceli, aku pun tak tau reason aku wat entry ni. Hahahahaha... Cam GAMPANG! Adeh la... So, korang yang baca ni. Tolong ampun kan aku k? Huhuhu....
Btw, jom vote untuk KIM HYUN JOONG...!
FANS FROM WORLD,VOTE NOW KIM HYUN JOONG,IS VERY IMPORTANT FOR HIM!!SUPPORT HIM NOW!PLEASEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!
VOTE KIM HYUN JOONG for MAMA here--> http://mama.mnet.com/en/vote.asp just click English and follow the instructions. .
You can login with your
Twitter/Facebook account to vote for MAMA2011SG too.
p/s: Hyun Joong <3!! hahahaha... perlu ke aku letak '<3' tu?
October 31, 2011
5 Sebab Kenapa Mak & Ayah Korang Cool
Kengkawan ku sekalian... Assalamualaikum & selamat petang sume. Hari ni aku baiklah pulak, kan? Selalu takdenye aku post entry bagi salam dulu ke apa. Memang tak bagus aku ni... Hahahaha... Base on today's topic (cewah...~), aku nak kongsi ngan korang pendapat aku tentang parents kita. Well, aku tau... Dah ramai kot wat post entry macam ni, (macam biasa aku memang selalu ketinggalan pun...Haish!).
October 30, 2011
10 Gadget Yang Kita Harap Betul-betul Wujud
Kita selalu tengok movie 'Sci-Fi' and of course, every movie has their own cool gadget. Sampaikan kita harap sangat yang gadget-gadget yang cool tu betul-betul wujud. Meh kita check-it-out thise cool gadget.
Top 10 Sci-fi Gadget:
October 28, 2011
Kawasaki Disease
Isk... Sebut je Kawasaki mesti terbayang dalam kepala korang motosikal atau apa sahaja kenderaan yang berjenama Kawasaki. Aku bukan nak cerita pasal motor (walaupun aku suka dengan motor), tapi sejenis penyakit yang dikenali sebagai Kawasaki Disease (KD). KD berlaku pada kanak-kanak di mana mereka mengalami keradangan pada salur darah.
Hari Ni Aku....~
Aku tunggu lagi, tak lama kemudian 'roommate' ku sampai juga. Dia terkejut tengok aku atas tangga, tengah layan feeling sensorang. Aku pun gtau dia apa yang jadi, last-last dia bantai gelak jugak sebab dia pun tertinggal kunci masa nak g kelas tadi. Adoi... elok sangatlah. Dengan segala kudrat yang ada (sebab masa tu sangat lapar) kitorang ketuk pintu rumah tu macam nak gila. Huhuhu.... Naik tensen 'roommate' aku sebab takde jawapan. Aku pula kontrol cool macam biasa, ketuk juga pintu tu. Hinggalah ada sorang 'housemate' kitorang yang bukak pintu tu. Huh, nasib baik.
Tulah yang jadi tengah hari tadi, masa orang kalut-kalut nak pergi semayang Jumaat. Moral of the story, jangan lupa bawak kunci rumah ke mana sahaja korang nak pergi. Kalau lupa jugak bolehlah korang slow-slow buat kunci tu jadikan rantai, supaya korang tak lupa. Second moral, jangan lupa bawak hanset korang. hari ni baru aku sedar pentingnya hanset. Selama ni, aku selalu letak merata-rata hanset aku tuh. Third moral of the day, berbaik-baiklah dengan 'housemate' korang supaya senang korang nak mintak tolong. Jangan lupa juga untuk dapatkan nombor tepon dorang supaya senang korang nak kontek dia.
Sekian...~
October 27, 2011
10 Cara Pemakanan Yang Berkesan
Okey entry kali ni aku nak kongsi pasal 10 cara untuk pemakanan berkesan.
1. Makanan ringan.
Kali ni ape kata kalau kita tukar makanan ringan yang selalu kita makan tu pada makanan ringan yang lebih sihat. Sebagai contoh, instead kita makan junk-food (terutama yang ada banyak kalori tu) kita makan buah-buahan pula. Macam pisang ke? Betik ke? Epal ke, (kan orang cakap 'an apple a day keep a doctor a way'). Ataupun kita makanlah makanan macam oatmeal bars ke? Apa yang pasti kurangkan kalori dalam makanan ringan tu.
2. Masa membeli belah
Okey, kalau kita pergi membeli belah kurang ke bahagian-bahagian makanan ringan. Kita pilihlah ke bahagian yang menjual makanan segar yang pastinya kurang kolestrol dan bahan pengawet yang komfem tak baik untuk badan.
3. Baca label dahulu
Baca label yang ada dekat kotak makanan atau pun tin-tin mahupun botol-botol makanan yang kita ambik tu. Sama ada 'low-fat' atau 'light'. Bagaimanapun, jika ia dilabel sebagai 'low-fat', makanan tersebut masih tinggi dengan kandungan sodium dan mungkin juga ia akan kurang gula tetapi masih tinggi dengan kandungan lemak. Seelok-eloknya baca dulu fakta nutrisi yang ada.
4. Penyukatan pengambilan makanan
Yang ni rasanya senang untuk kita lakukan. Contohlah senang, kan? Kalau kita makan nasi, kita sukat berapa banyak yang kita nak ambil dengan menyukatnya menggunakan tapak tangan. Sesetengah orang juga menggunakan genggaman tangan untuk menyukat jumlah makanan yang mereka nak ambil. Kedua-dua kaedah ini bersamaan dengan secawan makanan (nasi) yang akan kita ambil.
5. Menahan diri dari mengambil makanan yang tidak sihat
Cuba kita tahan diri kita dari mengambil makanan yang tak sepatutnya. Ajar diri sendiri untuk memilih makanan yang perlu kita makan. Rasa manisnya buah epal tu pastinya tak boleh nak melawan rasa manis gula, tapi itulah yang perlu kita lakukan. Kita perlu melatih deria rasa supaya menggemari makanan-makanan seperti buah dan sayur.
6. Lemak alternatif
Maksud kat sini, kita perlu tahu lemak-lemak alternatif selain yang sedia. Contohnya:
- Guna mustard dan bukan mayo
- Guna 'brown rice', 'whole wheat', 'rye' atau 'oat bread' dan bukan roti putih biasa
- Guna daging 'turkey' atau ayam dan bukan daging lembu
- Lebih baik membakar atau merebus daripada menggoreng
- Minum lebih banyak air kosong daripada jus atau soda
- Gunakan sos yang rendah lemak dan mintalah pelayan anda untuk mengasingkan sos dari hidangan
- Mengambil susu yang bebas lemak dan keju yang dibuat daripada 'milk skim' sebagai gantian kepada susu biasa
- Mengambil sayuran sebagai hidangan tambahan kepada makanan bergoreng
- Lebih baik membawa bersama buah-buahan atau kekacang sebagai bekal daripada mendapatkan makanan ringan daripada mesin-mesin makanan ringan
October 26, 2011
Seiyuu Debut Next Year
Rasanya dah lama plak tak buat review pasal anime or manga. So entry kali ni, aku review sikit pasal Nabuhiko Okamoto, seorang seiyuu (pelakon suara) yang bakal debut tahun depan di bawah label Kiramune, Lantis And Bandai's Visual. Setakat ni beliau dah menyumbangkan suaranya untuk beberapa anime termasuklah anime kegemaran aku; Rin Okumura (Blue Exorcist), Eiji Niizuma (Bakuman), Night Kijima (Sacred Seven), Abel (Slayers Revolution-R), Ivan Karelin/Origami Cyclone (Tiger and Bunny) dan juga Shin Kanzato (Persona -trinity soul-).
Beliau juga akan membuat persembahan di Kiramune Music Festival 2012 pada 17 hingga 18 Mac. Bersama Okamoto yang akan membuat persembahan pada festival tu juga ialah CONNECT, Irino Miyu, Hiroshi Kamiya, Daisuke Namikawa, Tetsuya Kakihara dan Trignal.
Jom kita kenal-kenal dulu dengan seiyuu bakal bergelar penyanyi ni....:
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1986 (25 tahun)
Tempat Asal: Tokyo, Japan
Jenis Darah: B
Tinggi: 168cm
website: Nobuhiko Okamoto @ Pro-Fit (Japanese stream)
blog: Blog Nobuhiko Okamoto ブログ「岡本的風景」 (Japanese Stream)
Video announcement untuk debut tersebut telah dibuat dan hanya boleh didapati di website rasmi Kiramune (dalam bahasa Jepun sahaja), but still korang boleh check-it-out kat [http://kiramune.jp/news/index.php?subaction=showfull&id=1319382242&archive=&start_from=&ucat=2&]
p/s: tak sabar lak aku tunggu nak dengar suara dia nyanyi.... Huah... かわいい!!!
October 25, 2011
Lately...~
Hasil kerja aku selama beberapa hari ni.... Masih amatur, masih diperingkat percubaan....~
Sebelum |
Selepas Takuya 8 (UVERworld) |
Sebelum |
Selepas Kim Hyun Joong (SS501) |
Sebelum |
Selepas L'Arc En Ciel wallpaper |
October 24, 2011
Cerita 1942-1944
Sekali lagi aku nak cerita pasal sejarah Tanah Melayu. Kali ni aku spesifik sikit. Kita cerita pasal penjajahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1944. Hanya dalam masa beberapa minggu atau beberapa bulan je negara Matahari Terbit ni menawan Tanah Melayu. Mungkin sebab ada beberapa faktor yang membolehkan dorang ni berjaya dalam misi penjajahan dorang ni berbanding Inggeris yang amik masa bertahun-tahun. Tapi tu bukan tujuan asal aku nak cerita, sebab tu fact yang semua orang tahu.
Pernah tak korang terfikir, kenapa Jepun serang Tanah Melayu? Padahal dorang takde niat pun nak membangun sesuatu negara tu (negara kita senang cerita). Nak kata dorang nak bebaskan rakyat Tanah Melayu dari orang Inggeris pun tak juga. Sebab dorang takde beza pun dengan penjajah kulit putih tu. Sama-sama menjajah. Cuma dorang takdelah nak korek hasil bumi tercinta ni, macam Inggeris yang buat macam harta dia sendiri. Padahal dorang tu menumpang je pun.
Kekejaman tentera Jepun semasa penjajahan mereka memang tak dapat dinafikan. Hakikat ni memang terbukti... |
p/s: Sedar tak sedar sebenarnya Jepun masih menjajah kita dengan 'SELIPAR JEPUN.' Hahahaha.... Apa pun TQ kat cikgu Kenegaraan Malaysia sebab buat aku terfikir pasal ni.
October 23, 2011
Kepada sesiapa yang ternampak pos ni...
Beberapa bulan lalu, aku ada pos novel aku kat penulisan2u. Tak ramai yang bagi komen, aku pulak memang nak sangat orang komen novel aku tuh. Nak jugak tahu apa pendapat orang pasal cerita tu. So, to those yang ternampak pos ni silalah baca (kalau sudi, saya tak paksa).