CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

August 30, 2011

It's All About 'TEEN SPIRIT'

Okey, beberapa bulan ni aku sibuk baca komik ni. Komik dari Korea (Manhwa). Actually, ni la 1st time aku baca manhwa. Nak buat macam mana, aku ni kalo bab baca komik memang memilih sikit. Nak kartun yang lawa je. hehehe... K2, berbalik pada tajuk kita 'it's all about "TEEN SPIRIT"'.

 Komik ni dilukis oleh Kim Jae-Eun. So far, aku still suke cite ni. Gipun manhwa ni banyak cerita pasal friendship, keyakinan, semangat untuk buat yang terbaik and all. Yang penting manhwa ni berkisar tentang muzik band (tu yang buat aku suka komik ni). Rasanya bagi korang yang suka dengan Kpop band leh la try baca komik ni.

Bagi korang yang berminat nak baca manhwa ni leh la check it out kat

http://www.mangafox.com/manga/teen_spirit/.


Kim Hwee-Kang and TaeJo 

Kim Hwee-Kang (Ayah dia sorang penyanyi yang  terkenal. Bermula sebagai penyanyi untuk sebuah kumpulan indie yang hakikatnya memang terok nak mampus)

TaeJo (Tinggal kat Jepun sejak kecil. Main gitar sejak kecil dan ayah dia sorang rock-star yang glamer)
Other recomendation : BECK (Japanese Manga), K-ON (Japanese Manga)









August 27, 2011

3 Soalan 1 Penampar

Cerita ni tentang seorang pemuda yang baru je pulang dari luar negara. 'Beliau' telah meminta ibu bapanya mencari seorang imam atau kiyai atau sesape sahaja yang terer bab-bab agama ni ntuk 'beliau'. Keesokan harinya, ibu bapa 'beliau' telah membawa seorang kiyai ntuk 'beliau'. Berikut adalah perbualan antara 'beliau' dengan kiyai tersebut.

Pemuda:Siapakah anda? Dapatkah anda menjawab 3 soalan saya ini. Kerana tiada sorang profesor atau doktor pon yang mampu menjawab pertanyaan saya ni.

Kiyai: InsyaAllah saya dapat menjawabnya.

Pemuda: Baiklah. Soalan pertama, "JIKA TUHAN ITU WUJUD,BUKTIKAN KEWUJUDAN TUHAN ITU." Soalan kedua, "APAKAH YANG DINAMAKAN SEBAGAI TAKDIR." Dan soalan terakhir, "SYAITAN ITU DIJADIKAN SEBAGAI API, DAN NERAKA JUGA DARI API. SUDAH TENTU SYAITAN ITU TIDAK MERASA PANAS DENGAN API NERAKA ITU."

Lantas Kiyai itu menampar pemuda itu sepenuh hatinye. Terkejut pemuda itu dengan tamparan kiyai terbabit, lantas bertanya mengapa kiyai itu menampar mukanya. Dan dengan selamba, kiyai tersebut menjawab.

Kiyai: Adakah saudara sakit dengan tamparan saya itu?

Pemuda: Sudah tentu.

Kiyai: Kalau begitu, buktikan adanya sakit itu... (Pemuda itu menggelengkan kepala dan menjawab yang dia tidak boleh membuktikan wujudnya rasa sakit itu.) Itulah jawapan ntuk soalan pertama, kita tahu wujudnya Tuhan dan kewujudanNya dapat dilihat pada ciptaanNya.

Kiyai: Adakah saudara tahu yang saya akan menampar saudara? ('Beliau' menggelengkan kepala.) Nah, itulah yang dinamakan sebagai takdir. Sudah ditakdirkan yang saudara akan ditampar oleh saya.

Kiyai: Tangan saya ini dibalut oleh kulit, bukan? ('Beliau' menganggukkan kepala-setuju) Sakit bukan bila kulit bertemu kulit. Hal yang sama berlaku pada syaitan yang dijadikan daripada api dan dibakar dengan api neraka.

Maka, terjawablah soalan-soalan yang dikemukakan oleh pemuda itu. Jadi, renung-renungkanlah siapa kita sebenarnya. Janganlah terlalu berbangga dengan kejayaan yang ada, kerana ia hanya sebesar kuman sahaja. Huhuhu...!