CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

November 25, 2011

Baby Born And Go by UVERworld

Akhirnya PV ntuk new single UVERworld dah kuar... So, ape lagi... Let's check out new PV from these guys... 


p/s: Bukan selalu dorang ni kuarkan PV... Kalau dah ada ni memang enjoy sakan la.... huhuhu... Peace y'all...!

November 24, 2011

Raja Puzzle...!

Kepada yang sukakan puzzle dan anime... Anime Phi Brain: Kami no Puzzle ni sangat sesuai ntuk korang. Cerita ni berkisar tentang Daimon Kaito yang sangat terer dalam menyelesaikan puzzle... Tak kira apa jenis puzzle pun. Suatu hari President Student Council sekolah Kaito bagi satu alat yang membuka kepada sebuah pintu ke 'alam bawah tanah' dan lepas tu Kaito dicabar oleh Minotaur. Rupa-rupanya puzzle tu adalah satu puzzle yang sangat bahaya... 'The Puzzle of Sage' yang dicipta oleh satu organisasi "POG". Dengan seorang kawan baik Nanoha (maybe awek dia) Kaito berjaya selesaikan puzzle tu tapi dah membuatkan dia menentang organisasi tersebut. Masih ditayangkan.... So those yang nak tengok anime ni leh klik [Phi Brain: Kami no Puzzle]; nak download pun bleh... Tapi aku cadangkan korang beli yang ori k? 


Sikit Trailer dari anime ni....



p/s: aku baru sempat tengok 1st episode sebab internet sangat slow... but 1st impression aku... anime ni memang best...~

November 19, 2011

Samurai Seven vs SEALS

Dah lama aku tak update blog ni. Skang ni memang busy sket dengan assignment and test. Nasib baik berjaya gak aku siapkan. Jangan risau aku bukan nak cerita aktiviti aku beberapa hari ni, tak best lah kan? Cuma kali ni aku nak cerita-cerita sikit sal tajuk entry aku kali ni. Masa aku sekolah dulu aku suka sangat tengok anime ni; Samurai Seven.


Cerita dia berkisar tentang tujuh orang samurai Jepun yang berusaha nak selamatkan kampung dari serangan perompak-perompak. Dorang sanggup lakukan apa sahaja untuk membantu penduduk kampung ni. Asalnya anime ni diadaptasi dari sebuah drama yang disiarkan pada 1954. Samurai yang diketuai oleh Shimada Kambei (Kambei) ni pada awalnya tak berminat langsung nak join rakan-rakan yang lain tapi akhirnya bersatu gak untuk membantu dorang. Antara watak lain dalam anime ni ialah; Okamoto Katsuhiro (Katsuhiro), Katayama Gorobei (Gorobei), Shichiroji, Kikuchiyo, Hayashida Heihachi (Heihachi) dan Kyuzo.

Pastu beberapa hari lepas masa aku duk belek-belek majalah peberet aku, aku ternampak satu article yang Hllywood nak memodenkan drama klasik Jepun ni. Wah, macam best je tajuk dia masa aku baca. Tapi bila dah stat baca article pendek tu aku jadi cam tak puas hati lak, kelakar pun ade jugak. Ceritanya, sebuah kampung kat Afghanistan ni diserang oleh sekumpulan perompak.Dan datanglah bantuan-bantuan cam samurai lam cite Samurai 7 ni ntuk membantu dorang. Tau tak korang sape perompak-perompak tu? Dan sape pulak yang jadi so called hero tu? Perompak-perompak tu adalah tentera Taliban dan so called hero dalam filem ni tak lain tak bukan..... Anggota tentera SEALS.

Aiyak.... Sape perompak, sape hero sebenarnya ni? Aku memang dah gelak guling-guling time ni. Sakit perut aku duk gelak. Alahai.... Bangangnya....! Ada harte orang-orang kat Afghanistan sana nuh nak upah si mangkuk-mangkuk tentera SEALS ni. Hahahaha.... Adoila..... Korang yang rasa korang 'baik' cam si pengarahnya, Christopher McQuarrie leh la pi tengok cite ni nanti. Skang filem ni masih lam pembikinan. Aku rasa lagi satu filem 'epic' terhebat dari US yang sangat bangang!!!! Hahahaha....

Christopher McQuarrie
Pakcik tua tak sedar diri banyak hasilkan filem
yang kebanyakannya berkisar tentang
anggota SEALS

p/s: Haih... Aku still rasa nak tergelak lagi ni. Yang kena serang tu Afghanistan, yang tentera SEALS tu boleh menyibuk kat situ kenapa? Dah rasa macam dorang tu penyelamat bumi ke? Huh? Ultraman lagi baguslah!!! Saje nak tunjuk yang Islam ni pengganas. Weh, sape pengganas nih? Kesian dorang yang akal pendek dan just nampak dari permukaan je...!

November 11, 2011

Nilai Sebuah Kehidupan


Hari ni kelas PI. Seriously aku memang ngantuk kat kelas tadi. Bukan sebab aku tak suka kelas tu, tapi sebab semalam sampai lambat dari kampung. Dekat pukul 3 aku baru aku tido. Pergh... memang ngantuk tak hingat la tadi. Masa aku duk layan rasa ngantuk aku tuh, tetiba ustaz yang mengajar tu tanya soalan yang cukup menyegarkan minda. 'Kenapa ramai orang bukan Islam yang lebih senang dari orang Islam tu sendiri? Sedangkan Islam adalah agama yang benar?' Erk? Kontroversinya soalan ustaz ni... Tapi aku jadi terfikir balik. ye tak ye jugak. Kenapa ya? Dia cakap lagi, 'Siapa yang lebih kaya? Orang Islam atau orang kafir?', 'Siapa lebih maju? Orang Islam atau orang kafir?' Ya, betul! Jawapan dia, orang kafirlah. Hanya sebilangan kecil sahaja orang Islam yang maju dan kaya, sedangkan yang kafir melebihi kita dalam semua aspek. 'Tapi, bukankah Islam itu agama yang benar?'. Pergh... semua orang terkedu kejap. Selama ni kita tak pernah terfikir tentang hal ni.

  Ustaz tu sambung lagi, 'Ini semua kerana Maha Pengasihnya Allah pada makhluknya. Andai kata kehidupan dunia ini ada nilainya pada sisi Allah, nescaya orang kafir itu tidak akan diberi rezeki walau seberat sayap nyamuk pun.' Kitorang terkedu lagi. 'Kenapa orang Islam susah untuk mengecap kekayaan? Atau kemajuan? Itulah yang dinamakan sebagai ujian, dan setiap ujian itu ada balasannya.' Aku angguk kepala. Setuju dengan pendapat ustaz tu. Senang cerita macam ni, korang pergi exam dan lepas tu berusaha jawab soalan-soalan yang memang memeningkan kepala, dan akhirnya mendapat keputusan exam tu. Ok atau tak bergantung pada usaha korang selama ni. So, same thing goes to 'ujian kesenangan' di dunia ni. Kesusahan atau kemunduran itu ibarat satu ujian, dan kita berusaha untuk memperbaiki kehidupan sendiri dan akhirnya mendapat keputusannya (Syurga atau Neraka) berdasarkan amal di dunia.

 Ah, seriously! Aku betul-betul tak sesuai nak terangkan semua ni secara detail. Korang boleh rujuk mana-mana ustaz, ustazah or ilmuan lain sebab dorang lebih berpengetahuan tentang hal-hal macam ni. Tapi kadang-kadang kita kena fikir juga, di mana letaknya Islam itu di mata dunia? Sampai bila kita mahu dicop pengganas sedangkan hakikatnya kita bukanlah seperti yang mereka labelkan (Cewah, ayat macam penceramah plak aku ni. Hahahaha...) So... Fikir-fikirkanlah..!

p/s: Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia mengubahnya sendiri."

November 03, 2011

UVERworld 20th Single is Coming Out


THEY'RE COMING BACK!!!! My best and favorite band is coming back with their new single.... Can't wait for it. It's been said that, the single 'Baby Born & Go/ Kinjito' will be release on 14th December 2011.

At first they don't have any plan for releasing a new single, but after their April road tour had been postponed because of the Tohoku Earthquake last March, they decided to release new one.

'Kinjito' will be use in Ao no Exorcist:The Phantom Labyrinth Of Time for new PSP game this winter. And the 'Baby Born & Go' will become the CM song for AXE Fragrance And Body Spray. The single also include remixes of the song and DVD of music videos and live footage from their Zepp Tokyo Concert on July 27th.

The band is in their 'Life 6 Sense' tour and they're expected to perform these new songs during their upcoming shows. But for those who unable to go to the shows (like me... T_T), you can listen to their preview for the both songs at their official website. [UVERworld Official Site]

p/s: Aku dah dengar lagu baru tu... & memang SUPERB BEST... so korang pun layan...~

November 02, 2011

Death Note: Another Live Action


Death Note; antara manga yang aku baca. Walaupun aku tak tengok anime dia, tapi aku tak miss tiga-tiga live-action (Death Note The Movie, Death Note: The Last Name dan L Change The World). Memang best, walaupun ada la sikit perubahan pada tiga-tiga live-action tu but still best. Dan baru-baru ni, Warner Brothers' (WB) dah keluarkan satu kenyataan yang dorang akan buat satu lagi live-action dan kali ni versi English plak. Masa aku wat review ni, dorang masih lagi dalam pembikinan, dan terdapat banyak perubahan yang akan dorang buat. Macam-macam reaksi aku baca berdasarkan kenyataan ni, dan kebanyakannya tak suka dengan pembikinan filem ni. Sebabnya, watak Ryuk dan Yagami Light akan diberi sentuhan baru.

Hurmmm.... Sebagai peminat anime, manga & Jdrama aku tak rasa tu satu cadangan yang baik. Orang memang suka kalau satu-satu anime atau manga tu di'live-action'kan, tapi kalau banyak sangat perubahan dibuat sampaikan hilang terus identiti satu-satu watak tu memang ramai yang tak sukalah. Rasanya WB kena pertimbangkan balik rancangan dorang tu.

Demam KPop: Kim Hyun Joong

LOL...! Sejak akhir-akhir ni ramai betul yang demam KPop. Aku terkena la tempias jugak, tapi takdelah kuat sangat. Sipi-sipi je... Hehehe... Aku nak specific sikit la bila cerita pasal Kpop ni. Memang ramai betul band, pelakon (& what so ever), kan? Aku pilih Kim Hyun Joong untuk entry kali ni. Sebab? Lorh... jawapan die senang je. Sebab aku suka dialah.. XP hahahah....!


Aku taknak lah cerita pasal bio dia ke ape ke... Tapi aku just nak gtau ape pendapat aku je... Memang ramai betul yang 'jatuh chenta' dengan dia (ngan aku-aku skali, ngeh3x). Even aku perhatikan ade jugak dak laki yang suka Hyun Joong ni. Yeah...! For some reason aku rasa dia ada satu personaliti yang baik. Tu pun sebab aku banyak tengok video clip dia. Hahaha... So first impression aku kate die oklah.

Ekceli, aku pun tak tau reason aku wat entry ni. Hahahahaha... Cam GAMPANG! Adeh la... So, korang yang baca ni. Tolong ampun kan aku k? Huhuhu....

Btw, jom vote untuk KIM HYUN JOONG...!

FANS FROM WORLD,VOTE NOW KIM HYUN JOONG,IS VERY IMPORTANT FOR HIM!!SUPPORT HIM NOW!PLEASEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!
VOTE KIM HYUN JOONG for MAMA here--> http://mama.mnet.com/en/vote.asp just click English and follow the instructions. .

You can login with your
Twitter/Facebook account to vote for MAMA2011SG too.

p/s: Hyun Joong <3!! hahahaha... perlu ke aku letak '<3' tu?