CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

May 17, 2012

Diary Comes To Live

Mirai Nikki finally come to live. From a manga then being adapted into an anime and now in live-action. To those who love action, drama, mystery, horror and psychological genre, this manga, anime and drama is the best choice for you.

It's basically about a young boy, Amano Yukiteru has a problem in making friends and he always write a diary using his cell about what ever he saw during the day. He believes that he's a bystander to world's happening. His only friend is an imaginary friend whom makes thing no longer an imaginary anymore; Duex Ex Machina. Been told that he's gonna have a new interesting game, Yuki starts an survival game.

Kind of interesting manganime. Should be watching the anime and read the manga too. But I wasn't sure about the live-action since it just started. Already in 4th episode now. And the anime is already in 2nd Season. So enjoy... :)





p/s: I haven't watch these anime and drama yet. Hopefully got a chance to watch them XD


May 15, 2012

Alhamdulillah : Part 4 (Last Part)


Assalamualaikum sume. Wah, dah sampai part last. Alhamdulillah. Ermm... sebelum ni mesti korang duk terpikir, napelah tajuk entry aku ni "Alhamdulillah", macam tak kaitan pun tajuk dengan entry-entry tu. Sebenarnya ada... cuba korang fikir balik. Kita patut bersyukur, sebab dijadikan sebagai manusia. Dikurniakan akal oleh Allah s.w.t. Dijadikan lebih mulia dari makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain. Dan kerana itulah kita patut melindungi ciptaan Tuhan. Bukankah manusia dijadikan sebagai khalifah di  muka bumi. Bukankah Allah telah berfirman; "Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini."

Dan bersyukur sebab kita ni mungkin mendapat rezeki atau kesenangan yang lebih dari orang lain. Teringat pulak aku cerita seorang hamba Allah, seorang lelaki yang kaya dan cukup hebat. Suatu hari beliau mengadakan jamuan, meraikan anak-anak yatim. Dihidangkannya makanan yang cukup enak kepada anak-anak itu dan beliau hanya melihat sahaja anak-anak itu menjamu selera. Selepas anak-anak itu pulang, barulah beliau menjamu selera. Dan percayalah kengkawan, lelaki itu mengutip sisa-sisa anak-anak yatim itu lalu memakannya. Kita biarkan part dia ambil sisa anak-anak yatim tu, tapi fikirlah dari sudut yang lainnya. Sudut yang mana beliau memberi kepada yang memerlukan. Rasulullah s.a.w juga pada suatu masa, setiap kali selepas berjemaah; baginda akan berkumpul dengan sahabat-sahabat baginda dan mengarahkan mereka masuk ke setiap lorong yang ada di Madinah. Memberi sedekah kepada setiap penduduknya. Anak-anak yatim diberi makan, dan disuap sendiri oleh baginda. Alangkah indahnya perkerti Muhammad s.a.w yang tiada gantinya.

Jadi kengkawan sume, marilah kita bermunajat kepada Allah. Mengakui semua kesilapan yang dah kita buat. Tak kiralah sama ada kita sedar atau tidak. Sebagai hamba kita memang selalu buat kesilapan. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ni. Kecuali rasul-rasul-Nya. Aku teringat tips yang pakcik tu ajar ntuk bermunajat, nanti boleh la kita try wat sesama kan?

Cara-caranya:
1. Korang amik wuduk, (if korang baru lepas solat lagi bagus.)
2. Duduk antara dua sujud, (pastikan korang mengadap kiblat.)
3. Tahan nafas dalam-dalam
4. Sebut semua kesalahan korang dalam hati, eg: "Ya Allah... Aku ni dah banyak lakukan maksiat..." etc.... dengan cara merintih (sayu dan penuh dengan rasa bersalah)
5. Lepas tu, sebutlah "Astaghfirullah hal azim" perlahan-lahan.

InsyaAllah... korang akan rasa effect dia. Ermmm... berdoalah semoga kita diampunkan dosa oleh-Nya. Amin...~

p/s: Ilmu adalah ntuk dikongsi. Korang bleh share ngan sesape je kalau korang nak. Hehe... Jalanilah hidup ini dengan penuh berhemah. Salam....~

May 14, 2012

Alhamdulillah : Part 3


Assalamualaikum kengkawan...

Sebelum aku nak teruskan, nak lah tanya sikit. Katakanlah dalam poket korang ada banyak sangat duit. Let say, RM1000 (banyak kan? Kalau aku 1k tu dah cukup banyak dah), apa yang korang nak buat? Enjoy? Settlekan hutang? Makan besar? Or sedekah? Aku rasa majoriti orang akan kata, of course la enjoy kan? Duit banyak, apa lagi enjoy sakan la... Pegi shopping. Tengok wayang. Macam-macamlah. Pendek kata dalam masa satu hari komfem abeh duit tu, kan? Kalau tido malam pun lena je. Maklumlah takde masalah. Ye tak? Tipulah kalau korang tak rasa macam tu.

Tapi kengkawan, berlainan plak dengan hamba Allah ni. Mengikut cerita pak cik tu, hamba Allah ni dia kerja dapat gaji cash money. Dalam RM3000 macam tu. Kerja apa wallahualam. Aku kurang pasti (lupa sama ada pak cik tu ada bagitau ke tak). Malam tu dia resah gelisah. Takleh nak tido. Duit dalam poket. Tapi tak boleh nak tido. Korang boleh bayang tak macam mana? Kalau kita, tak yah cakaplah. Siap berdengkur lagi. Last skali dia ajak kawan dia keluar. Dan kawan hamba Allah ni pun setujulah. Maka, dorang pun pergilah kat rumah kongsi yang menempatkan pekerja-pekerja Indonesia kat situ. Dia keluarkan duit dari poket dia tu dan bagi kat sorang pekerja Indonesia tu. Semua skali! Takde satu pun tinggal ntuk dia. "Ambiklah duit ni pastu bagilah kat semua. Anggaplah yang ni sedekah." Dia pesan kat pekerja tu. Orang tu angguk je. Lepas bagi duit tu, barulah hamba Allah ni boleh tido ngan tenang. Esoknya, dia pergi kerja macam biasa. Masa dia duduk kat meja dia dalam pejabat tu, dia bukak laci meja dan ternampak duit RM3000 tu ada balik kat situ.

So, kengkawan... nampak tak apa yang aku nak sampaikan? Baiknya hati hamba Allah ni sampaikan ada duit pun hati tak tenang. Sanggup bagi semua duit gaji dekat orang macam tu je sampaikan takde pun yang tinggal ntuk dia. Kalau kita, haih... jangan haraplah. Kalau anta duit kat mak RM500 sebulan dan lepas dua tiga bulan mintak balik, sebab tak cukup duit nak bayar hutang sana hutang sini. Huhuhu... Even dah keluarkan RM5 nak bagi sedekah kat orang ni, tapi boleh plak masukkan balik duit tu dalam poket pastu keluarkan RM1. Hurmmm... buruknya perangai. Hah? Camne?!

Rasulullah s.a.w pernah bersabda; "Bersedekahlah kamu walaupun hanya separuh kurma."  

p/s: Apapun kengkawan... kita ni bukannya sempurna sangat. Sebab sempurna tu milik Allah. Tapi sebagai hamba, cubalah untuk jadi yang lebih baik. Akan bersambung di masa akan datang... Salam!! hehe

May 13, 2012

Alhamdulillah : Part 2


Salam kengkawan, sambungan cerita semalam...

"Di satu hari yang lain plak, masa dia tengah berehat-rehat kat rumah, dia ternampak sekor tikus duk berlari-lari dekat beg dia. Selamba je dia sergah tikus tu, sampai tikus tu terkejut dan nyorok dekat belakang beg dia. Dia panggil tikus tu, suh datang depan dia. Tapi tikus tu still lagi nyorok belakang beg dia. "Ko datang skang, ke ko nak aku panggil ngan kasar." Tikus tu patuh je, pergi duduk depan hamba Allah tu sambil pandang je hamba Allah tu. "Wah, bleh tahan jugak ko ni. Gemuk. Ni mesti makan banyak ni." Hamba Allah tu cakap kat tikus tu. Tikus tu pandang je dia. Tak bergerak-gerak. Macam paham je apa yang orang tu cakap. "Tapi, tikus... Hari ni aku terpaksa bunuh ko." Dia cakap kat tikus tu sambil masukkan tangan dia dalam poket. Tikus tu tengok je... Macam get ready je. Pastu dia pun keluarkan tangannya sambil cakap "BANG!" kat tikus tu. Boleh pulak tikus tu terkejut sambil tutup muka dia, macam betul-betul nak elak kena tembak." (Hadoii.. comel btol.)

"Pernah satu masa tu, jiran hamba Allah ni tergelak-gelak tengok dia. Kalau orang lain sidai baju, dia pulak sidai tikus. Kalau lima ekor, lima ekorlah dia sidai. Tapi bukan sebab dia nak sakitkan makhluk Allah tu, tapi sebab dia nak 'ajar'. "Tikus ni kita kena layan macam anak kita jugak. Kalau dia buat silap kenalah kita denda." Jawab hamba Allah ni bila orang tanya kenapa dia buat macam tu. "Aku bukan buat lama pun, kejap je." Sambung dia lagi."


Kitorang yang dengar ni duk gelak je. Mana taknya, boleh pulak dia layan tikus macam tu. Kalau aku, memang taklah. Nampak tikus je, tak cukup tanah aku lari. Padahal binatang tu tak buat apa pun. Ermmm.. sebenarnya, apa yang aku nak sampaikan adalah kita kena berbuat baik dekat semua makhluk Tuhan, bukan manusia je. Baiknya hati hamba Allah ni, hinggakan makhluk macam tikus dan anjing pun dia layan dengan baik. Dianggap macam anak sendiri. Agak-agak kita boleh ke layan makhluk macam tikus dan anjing kurap sampai macam tu sekali? Haih... ntahlah. Tepuk dada tanya iman.

p/s: Akan bersambung dekat entry akan datang.... hehehe...

May 12, 2012

Alhamdulillah : Part 1


Salam kengkawan... eheh

Erm.. camne ek nak mulakan? Time-time camnilah tetibe je mood nak menaip ni ilang. Tadi punye la beria2. Huhuhu... Rasanya aku patut mulakan ngan tahniah ntuk kawan aku yang dah mula berubah. Syukur, terbukak dah ati kawan aku ni; Alhamdulillah... Aku? Entahlah.. duk camni jugak. Masih lagi hardcore macam selalu. Rasanya, kalau aku da berubah 'DARK' ni dah jadi 'LIGHT' la kan? Tapi, takpelah... kita tinggalkan part aku nak tukar nama tu, 'kay? Berbalik kepada apa yang aku nak sampaikan sebenarnya.

Kengkawan sekalian....

Kadang-kadang Allah akan tunjukkan jalanNya pada kita tanpa kita duga. Tak pernah terjangka pun. Tiba-tiba je kita diberinya hidayah and petunjuk. Jalan yang lurus yang pastinya menuju ke arah kebaikan. Bila difikirkan balik, banyak tanda-tanda kekuasaan Allah yang kita selalu sahaja tak sedar tentang tu. Aku teringat tadi, masa kitorang tengah amik-amik angin dekat Tasik Shah Alam, tiba-tiba muncul sorang pak cik ni. Nak tumpang duduk kat tempat kitorang. So, kitorang iyekan je. Pak cik tu pun mula la berbahasa basi ngan kitorang, awal-awal tu adalah rasa kurang selesa. Yelah, dah la tak kenal nak borak-borak plak kan. Tapi bila difikirkan balik, takpelah. Tak baik berprasangka buruk. Kitorang pun dengarlah cerita pak cik tu. Dan dia pun mula la bercerita pasal seorang kawan. Ceritanya lebih kurang macam ni...

   "Ada seorang lelaki, setiap malam dia akan bersendirian kat taman depan rumah dia. Satu malam tu, ada seekor anjing kurap menyalak dekat dia. Dengan selambanya dia marah anjing tu, "Ko jangan nak menyalak-nyalak dekat aku pulak. Ko tu dahla berkurap, busuk pulak tu. Patutlah orang tak suka dekat kau. Cuba diam-diam sikit." Anjing tu terdiam, tengok je dekat dia. Heran kot. "Ha... tengok, kan bagus macam ni." Dia cakap kat anjing tu. Anjing tu plak, macam tadilah. Diam je. Tengok je hamba Allah tu. "Ko tunggu dekat sini, jangan pergi mana-mana." Sambung dia lagi. Hamba Allah tu tros bangun dan pergi 7Eleven, beli snack. Dia pergi balik tempat tadi, dan anjing tu still ada kat situ. Dia bukak pembungkus makanan tu dan letakkan sekeping keropok depan anjing tu sambil makan la yang ada dalam plastik tu. Sambil-sambil makan tu, dia borak-borak dengan anjing tu."

Kitorang yang terdengar cerita pak cik tu tergelak je. Mana tak nye, mana kita nak jumpa orang camtu. Pelik, kan? Selamba lak tu dia marah-marah anjing tu. Pastu ajak borak sambil makan sama-sama lak. Macam kawan je. Tapi takdelah hamba Allah tu pegang anjing tu. Borak je.

Tapi sebenarnya kengkawan, tak pelik pun benda macam ni. Aku teringat suatu masa dahulu di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang lelaki ni berhenti singgah untuk minum air dekat sebuah telaga. Lepas minum air tu, dia ternampak seekor anjing yang tengah dahaga, dia bukak kasut dan isikan air dalam kasut yang dia pakai dan bagi anjing tu minum. See... even though in different era, there's still someone whose gonna do same thing. Appreciate the creature created by Allah s.w.t.

p/s: Sebenarnya ada lagi yang aku nak cerita, tapi malas lak nak taip. hahaha... Kisah hamba Allah ni, kisah Rasulullah dan macam-macam lagi. So... to be continued....

May 08, 2012

Messed Up

Salam people...

Oh well, i was thinking about something else before. But i end up writing something else. Serius... aku bukan org yang baik... kalau dihitung keburukan aku, rasanya lagi banyak dari kebaikan yang aku buat. Kadang-kadang aku pun tak tau kenapa aku bleh jadi camni. Kadang-kadang jugak ada benda yang berlaku diluar jangkaan aku. Kadang-kadang juga, aku akan sakitkan orang kat sekeliling aku. Benda yang aku selalu buat. Sampai satu tahap aku rasa, aku patut jauh dari orang. Hidup sensorang kat muka bumi ni tanpa orang lain kat sekeliling aku. May be aku patut pindah kat pulau mana-mana kot. Haha....!!

Tapi... yelah! Nak buat macam mana. Btol aku manusia biasa yang akan buat banyak kesilapan. Memang lumrah. Tapi, kadang-kadang benda macam ni memang buat aku sakit hati sangat. Bila aku dah cuba pastikan untuk kurangkan masalah yang aku buat kat orang lain. Aku risau kalau-kalau aku tak sempat nak mintak maaf ngan dorang. Putuskan silarurahim... bermusuh... aku dah cukup banyak buat benda-benda macam ni. Bermuhasabah diri, perbetulkan mana yang silap. Btol...! Aku dah try buat benda tu. Tapi still perasaan kurang senang, rasa bersalah tu sampai bila-bila pun susah nak ilang. Even bila aku dah mintak maaf ngan orang yang aku buat salah tu, perasaan tu still lagi ada. Memang tak dapat nak buang.

Mohon keampunan dari Tuhan... Ya...!! Setiap kali aku terpikir pasal benda ni aku memang akan nangeh. Memang dengan Dia je tempat aku mengadu. Aku rasa aku macam loser sangat. Bukanlah niat aku nak kecewakan seseorang tu. Aku memang tak reti nak tunjuk perasaan aku kat orang, dan aku pun tak tau camne nak pujuk atau senangkan balik hati orang tuh. Rasanya hidup orang kat sekeliling aku.

Jadi kengkawan sekalian. Nasihat aku (walaupun aku bukan orang yang selayaknya untuk bagi nasihat), hargailah orang yang ada kat sekeliling korang. Jangan sakitkan hati dorang, terutama orang yang rapat dengan korang. Sebab dorang adalah orang yang paling akan cepat terluka bila korang buat satu-satu kesilapan. Aku belajar dari kesilapan aku, malam ni dan hari-hari sebelumnya. Janga biar dorang rasakan yang korang ni hanya satu kesilapan yang wujud dalam hidup dorang. protect your relationship with others. Don't ruin it by breaking their trust. Memohon kemaafan itu memang mudah, tapi ia tidak akan dapat menyembuhkan luka yang korang dah buat.

Salam and nite :)