CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

May 12, 2012

Alhamdulillah : Part 1


Salam kengkawan... eheh

Erm.. camne ek nak mulakan? Time-time camnilah tetibe je mood nak menaip ni ilang. Tadi punye la beria2. Huhuhu... Rasanya aku patut mulakan ngan tahniah ntuk kawan aku yang dah mula berubah. Syukur, terbukak dah ati kawan aku ni; Alhamdulillah... Aku? Entahlah.. duk camni jugak. Masih lagi hardcore macam selalu. Rasanya, kalau aku da berubah 'DARK' ni dah jadi 'LIGHT' la kan? Tapi, takpelah... kita tinggalkan part aku nak tukar nama tu, 'kay? Berbalik kepada apa yang aku nak sampaikan sebenarnya.

Kengkawan sekalian....

Kadang-kadang Allah akan tunjukkan jalanNya pada kita tanpa kita duga. Tak pernah terjangka pun. Tiba-tiba je kita diberinya hidayah and petunjuk. Jalan yang lurus yang pastinya menuju ke arah kebaikan. Bila difikirkan balik, banyak tanda-tanda kekuasaan Allah yang kita selalu sahaja tak sedar tentang tu. Aku teringat tadi, masa kitorang tengah amik-amik angin dekat Tasik Shah Alam, tiba-tiba muncul sorang pak cik ni. Nak tumpang duduk kat tempat kitorang. So, kitorang iyekan je. Pak cik tu pun mula la berbahasa basi ngan kitorang, awal-awal tu adalah rasa kurang selesa. Yelah, dah la tak kenal nak borak-borak plak kan. Tapi bila difikirkan balik, takpelah. Tak baik berprasangka buruk. Kitorang pun dengarlah cerita pak cik tu. Dan dia pun mula la bercerita pasal seorang kawan. Ceritanya lebih kurang macam ni...

   "Ada seorang lelaki, setiap malam dia akan bersendirian kat taman depan rumah dia. Satu malam tu, ada seekor anjing kurap menyalak dekat dia. Dengan selambanya dia marah anjing tu, "Ko jangan nak menyalak-nyalak dekat aku pulak. Ko tu dahla berkurap, busuk pulak tu. Patutlah orang tak suka dekat kau. Cuba diam-diam sikit." Anjing tu terdiam, tengok je dekat dia. Heran kot. "Ha... tengok, kan bagus macam ni." Dia cakap kat anjing tu. Anjing tu plak, macam tadilah. Diam je. Tengok je hamba Allah tu. "Ko tunggu dekat sini, jangan pergi mana-mana." Sambung dia lagi. Hamba Allah tu tros bangun dan pergi 7Eleven, beli snack. Dia pergi balik tempat tadi, dan anjing tu still ada kat situ. Dia bukak pembungkus makanan tu dan letakkan sekeping keropok depan anjing tu sambil makan la yang ada dalam plastik tu. Sambil-sambil makan tu, dia borak-borak dengan anjing tu."

Kitorang yang terdengar cerita pak cik tu tergelak je. Mana tak nye, mana kita nak jumpa orang camtu. Pelik, kan? Selamba lak tu dia marah-marah anjing tu. Pastu ajak borak sambil makan sama-sama lak. Macam kawan je. Tapi takdelah hamba Allah tu pegang anjing tu. Borak je.

Tapi sebenarnya kengkawan, tak pelik pun benda macam ni. Aku teringat suatu masa dahulu di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang lelaki ni berhenti singgah untuk minum air dekat sebuah telaga. Lepas minum air tu, dia ternampak seekor anjing yang tengah dahaga, dia bukak kasut dan isikan air dalam kasut yang dia pakai dan bagi anjing tu minum. See... even though in different era, there's still someone whose gonna do same thing. Appreciate the creature created by Allah s.w.t.

p/s: Sebenarnya ada lagi yang aku nak cerita, tapi malas lak nak taip. hahaha... Kisah hamba Allah ni, kisah Rasulullah dan macam-macam lagi. So... to be continued....

0 comments: