CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 31, 2011

5 Sebab Kenapa Mak & Ayah Korang Cool

Kengkawan ku sekalian... Assalamualaikum & selamat petang sume. Hari ni aku baiklah pulak, kan? Selalu takdenye aku post entry bagi salam dulu ke apa. Memang tak bagus aku ni... Hahahaha... Base on today's topic (cewah...~), aku nak kongsi ngan korang pendapat aku tentang parents kita. Well, aku tau... Dah ramai kot wat post entry macam ni, (macam biasa aku memang selalu ketinggalan pun...Haish!).



5 Sebab Mak Korang Cool:

i. Sebab boleh tahan kesakitan masa nak lahirkan kita.
Bayangkan betapa sakitnya mak kita nak lahirkan kita. Dahlah duk usung perut ke hulu ke hilir masa mengandungkan kita. Pastu nak lahirkan kita lagi. Pergh... memang super COOL sebab boleh tahan semua kesakitan tu. Kita sakit sikit dah menangis bagai nak rak... Huh! Tak cool.

ii. Sebab sanggup berjaga bila kita sakit.
 Pergh... yang ni sangat tak sanggup. Sanggup tu mak kita temankan kita bila kita sakit. Tambah-tambah lagi kalau yang masuk hospital. Sanggup mak kita tunggu kita kat hospital tu. Tidur pun beralaskan lengan. Tapi bila bangun pagi tu... Dia tetap COOL, macam takde pape. 

iii. Sebab dia tukang masak terhebat.
 Haa... yang ni korang mesti setuju ngan aku. Mak kita memang terer masak. Masakan siapa paling sedap?? Bukan Chef Wan tapi mak kita la... Try korang pi tengok mak korang kat dapur. Pergh... Kalah Chef Wan. Dalam masa 60 minit tu, dah berapa jenis lauk dia boleh masak. Chef Wan? Ce jawab... Ce jawab...! Memang COOL la...

iv. Sebab dia tempat kita kongsi problem.
 Eh? Tak? Tipulah tu.... Siapa yang korang akan gitau kalau korang ade pakwe? Mak, kan? Sebab mak kita super COOL, kita sanggup cerita semua kat dia. Sebab dialah yang paling paham kita. Membe-membe tu memanglah, tapi apa-apa pun mesti gitau mak dulu, kan? 

v. Sebab dia orang paling sabar atas muka bumi ni.
 Huhuhu.... sape larat nak layan kerenah anak 5 6 orang macam ni. Tengok mak kita COOL memanjang. Terel tuh jaga anak dia sampai boleh masuk universiti semua. Tak ke COOL tuh? Kita... adik kacau sikit dah mula nak melenting. Membe gurau sikit dah mula nak hanginla, kecik ati la. Huh? Tak sabar sungguh.



5 Sebab Ayah Korang Cool:

i. Sebab dia satu-satunya orang yang keluar cari rezeki.
 Siang malam dia kerja, untuk sape lagi kalau bukan untuk keluarga sendiri. Balik penat-penat still boleh senyum lagi siap boleh ajak bergurau lagi. Kadang-kadang tu sampai tak cukup tidur. COOL je. Kita penat sikit dah mulalah nak marah-marah. Huh? Tak patut, tak patut.

ii. Sebab bila korang minta apa pun mesti dapat.
 Ayah kita memang COOL, try korang mintak topup ke... Duit ke... Mesti dia akan bagi. Walaupun kadang-kadang dia sendiri takde duit. Sanggup tu bagi jugak semate-mate nak senangkan anak dia. Kita pula, selamba je guna duit yang dorang bagi untuk beli benda lain. Huh? Tak bersyukur sungguh.

iii. Sebab dia orang paling prihatin.
 Kalau korang takde duit ke... Mesti dia orang pertama yang akan tahu. Korang sorok macam mana pun die mesti tau. Sebab dia sangat prihatin dengan korang. COOL, kan? Macam ade kuasa psikik lak. 

iv. Sebab die orang yang paling tenang.
 Betul....! Ayah korang rileks je... COOL manjang. Korang jatuh motor ke? Korang sedih ke? Die tetap COOL. Tapi percayelah... dia sebenarnya risau gila kat korang. Nampak je macam takde pape reaksi, sebenarnya dalam hati tu... dup dap dup dap... Korang je tak tau. 

v. Sebab kalau takde dia... kita....
 Huh...! Yang ni korang kena setuju dengan aku. Sangat! Kalau takde ayah, kita mungkin akan berbin/berbintikan Abdullah (kecuali orang yang memang ayah dia nama Abdullah). Ataupun tak berbin/berbintikan langsung. Huhuhu... Tak ke haru tuh? Sebab tulah ayah kita COOL, sebab dia most important person on Earth.

p/s: Huhuhu... rindu pulak aku kat mak ngan ayah aku kat kampung. Sebab dorang memang SUPER DUPER COOL. Lambatnya nak cuti... -_-!

October 30, 2011

10 Gadget Yang Kita Harap Betul-betul Wujud

Kita selalu tengok movie 'Sci-Fi' and of course, every movie has their own cool gadget. Sampaikan kita harap sangat yang gadget-gadget yang cool tu betul-betul wujud. Meh kita check-it-out thise cool gadget.

Top 10 Sci-fi Gadget:

10. Hoverboard (Back To The Future 2) 

9. Neuralizer (Men In Black)

8. Lightsaber (Star Wars)

7. Electronic Thumb 

6. Mr. Fusion (Back To The Future)

5. Iron Man's Armor (Iron Man)

4. Time Machine 

3. Transporter (Star Trek)

2. Replicator (Star Trek)

1. Sonic Screwdriver (Doctor Who)

p/s: Kalau akulah, aku nak yang hoverboard ngan time machine and also transporter... Superb abeh. Korang pilihlah sendiri....~

Taken from [HowStuffWorks]

October 28, 2011

Kawasaki Disease

Isk... Sebut je Kawasaki mesti terbayang dalam kepala korang motosikal atau apa sahaja kenderaan yang berjenama Kawasaki. Aku bukan nak cerita pasal motor (walaupun aku suka dengan motor), tapi sejenis penyakit yang dikenali sebagai Kawasaki Disease (KD). KD berlaku pada kanak-kanak di mana mereka mengalami keradangan pada salur darah.

Penyakit ni selalunya berlaku di Jepun, yang mana ia menjadi negara pertama penyakit tersebut ditemui. Di US pula, selepas disahkan mengidap 'Congenital Heart Defects' (sejenis penyakit berkaitan dengan pembuluh darah), ia seterusnya akan menyebabkan penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak pengidap KD. Pesakit biasanya berusia kurang dari 5 tahun dan selalunya menyerang kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Malangnya KD adalah penyakit yang sukar untuk difahami. Sebab penyakit ini masih belum ditemui. Ia mungkin juga disebabkan oleh 'Autoimmune Disorder' (ketidakbolehan kesan daripada membran mukus, 'lymph nodes', dinding pada salur darah dan juga jantung.)

KD boleh menyebabkan keradangan pada pembuluh darah terutama 'coronary arteries'. Keradangan ini seterusnya boleh membawa kepada 'Aneurysms' yang mana ia akan menyebabkan serangan jantung walaupun kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, kejadian ini jarang-jarang berlaku.

Terdapat beberapa simptom KD, yang mana Kawasaki Disease biasanya bermula dengan demam yang teruk (>102°F > 104°F). Demam yang berlarutan selama 5 hari dianggap sebagai tanda-tanda biasa. Demam tersebut akan berlarutan hingga 2 minggu dan mungkin tidak akan hilang dengan dos seperti acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen.


Simptom lain termasuklah:
a. Mata yang kemerahan
b. Bibirnya kemerahan, pecah-pecah atau terluka
c. Membran mukus berwarna kemerahan dalam mulut
d. Lidah kemerahan, selaput putih pada lidah atau ketulan merah di bahagian bawah lidah
e. Tapak tangan kemerahan dan tapak kaki
f. Kebengkakan pada tangan dan kaki
g. Ruam pada kulit di bahagian tengah badan, BUKAN seperti melepuh
h. Kulit menggelupas di bahagian sulit, tangan dan kaki (terutama di sekitar kuku, tapak tangan dan tapak kaki)
i. Bengkak pada 'lymph nodes', terutama pada bahagian leher
j. Rasa sakit dan bengkak pada sendi (selalunya berlaku pada kedua-dua belah badan)

Simptom-simptom lain termasuklah:
a. Mudah marah
b. Diarrhea, muntah-muntah dan sakit perut
c. Batuk dan selesema

p/s: Sampai sini je. Selebihnya korang baca sendiri... ^^ Klik untuk baca >>> [Kawasaki Disease]. Tau tak? Anak John Travolta antara pesakit penyakit ni dan anak beliau dah meninggal dunia pun.

Hari Ni Aku....~

Hari ni aku janji nak 'lunch' sesama dengan 'roommate', so aku turunlah pergi restoran kat bawah tu. Aku cari-cari dia kat restoran tu. Tapi dia tak muncul-muncul. Dah tu, aku pergilah tapau nasik aku dulu. Maklumlah semua orang dalam restoran tu dah pandang semacam dekat aku. Dah siap ambil nasi ngan bayar pun, aku naiklah balik sebab member aku tu tak muncul-muncul pun. Masa aku sampai depan pintu rumah, aku seluk poket seluar. Eh? Mana kunci rumah? Aku cari poket lagi satu. Eh? Mana? Aku mula nak kalut. Pastu aku ingatkan diri aku, 'Rileks, rileks! Kita call dia dulu.' Kata aku dalam hati. Aku seluk poket seluar lagi. Tiba-tiba muka aku terus jadi kemut semacam. Adehla... aku tertinggal hanset aku dalam bilik. Macam mana aku boleh lupa ni? Aku terus jadi tak tentu arah. Duk turun naik tangga tu, duk pikir macam manalah aku nak masuk.

 Dah puas aku ketuk pintu rumah, tapi tak berjawab. Eh? Dorang pergi kelas ke? Aku tertanya-tanya. So, aku duduklah lepak atas tangga tu sensorang sambil tunggu 'roommate' aku balik. Tiba-tiba aku ternampak sekor labah-labah tengah buat sarang dekat tangga tu. 'Isk, kesian ko labah-labah. Ko pun sensorang jugak ek?' Aku tanya labah-labah tu. Tapi dia buat bodoh je. Aku usik-usiklah dia, tapi still dia wat bodoh gak. Gerak sikit-sikit je. 'Ko ni, jomlah kawan dengan aku. Aku pun tengah takde kawan ni.' Aku cakap lagi kat lelabah tu, tapi still dia buat bodoh jugak. Siap buat-buat mati lagi, tensen je aku rasa.

 Aku tunggu lagi, tak lama kemudian 'roommate' ku sampai juga. Dia terkejut tengok aku atas tangga, tengah layan feeling sensorang. Aku pun gtau dia apa yang jadi, last-last dia bantai gelak jugak sebab dia pun tertinggal kunci masa nak g kelas tadi. Adoi... elok sangatlah. Dengan segala kudrat yang ada (sebab masa tu sangat lapar)  kitorang ketuk pintu rumah tu macam nak gila. Huhuhu.... Naik tensen 'roommate' aku sebab takde jawapan. Aku pula kontrol cool macam biasa, ketuk juga pintu tu. Hinggalah ada sorang 'housemate' kitorang yang bukak pintu tu. Huh, nasib baik.

 Tulah yang jadi tengah hari tadi, masa orang kalut-kalut nak pergi semayang Jumaat. Moral of the story, jangan lupa bawak kunci rumah ke mana sahaja korang nak pergi. Kalau lupa jugak bolehlah korang slow-slow buat kunci tu jadikan rantai, supaya korang tak lupa. Second moral, jangan lupa bawak hanset korang. hari ni baru aku sedar pentingnya hanset. Selama ni, aku selalu letak merata-rata hanset aku tuh. Third moral of the day, berbaik-baiklah dengan 'housemate' korang supaya senang korang nak mintak tolong. Jangan lupa juga untuk dapatkan nombor tepon dorang supaya senang korang nak kontek dia. 

Sekian...~

October 27, 2011

10 Cara Pemakanan Yang Berkesan

 Okey entry kali ni aku nak kongsi pasal 10 cara untuk pemakanan berkesan.

1. Makanan ringan.
 Kali ni ape kata kalau kita tukar makanan ringan yang selalu kita makan tu pada makanan ringan yang lebih sihat. Sebagai contoh, instead kita makan junk-food (terutama yang ada banyak kalori tu) kita makan buah-buahan pula. Macam pisang ke? Betik ke? Epal ke, (kan orang cakap 'an apple a day keep a doctor a way'). Ataupun kita makanlah makanan macam oatmeal bars ke? Apa yang pasti kurangkan kalori dalam makanan ringan tu.

2. Masa membeli belah
 Okey, kalau kita pergi membeli belah kurang ke bahagian-bahagian makanan ringan. Kita pilihlah ke bahagian yang menjual makanan segar yang pastinya kurang kolestrol dan bahan pengawet yang komfem tak baik untuk badan.

3. Baca label dahulu
 Baca label yang ada dekat kotak makanan atau pun tin-tin mahupun botol-botol makanan yang kita ambik tu. Sama ada 'low-fat' atau 'light'. Bagaimanapun, jika ia dilabel sebagai 'low-fat', makanan tersebut masih tinggi dengan kandungan sodium dan mungkin juga ia akan kurang gula tetapi masih tinggi dengan kandungan lemak. Seelok-eloknya baca dulu fakta nutrisi yang ada.

4. Penyukatan pengambilan makanan
 Yang ni rasanya senang untuk kita lakukan. Contohlah senang, kan? Kalau kita makan nasi, kita sukat berapa banyak yang kita nak ambil dengan menyukatnya menggunakan tapak tangan. Sesetengah orang juga menggunakan genggaman tangan untuk menyukat jumlah makanan yang mereka nak ambil. Kedua-dua kaedah ini bersamaan dengan secawan makanan (nasi) yang akan kita ambil.

5. Menahan diri dari mengambil makanan yang tidak sihat
 Cuba kita tahan diri kita dari mengambil makanan yang tak sepatutnya. Ajar diri sendiri untuk memilih makanan yang perlu kita makan. Rasa manisnya buah epal tu pastinya tak boleh nak melawan rasa manis gula, tapi itulah yang perlu kita lakukan. Kita perlu melatih deria rasa supaya menggemari makanan-makanan seperti buah dan sayur.

6. Lemak alternatif
 Maksud kat sini, kita perlu tahu lemak-lemak alternatif selain yang sedia. Contohnya:

  • Guna mustard dan bukan mayo
  • Guna 'brown rice', 'whole wheat', 'rye' atau 'oat bread' dan bukan roti putih biasa
  • Guna daging 'turkey' atau ayam dan bukan daging lembu 
  • Lebih baik membakar atau merebus daripada menggoreng 
  • Minum lebih banyak air kosong daripada jus atau soda
  • Gunakan sos yang rendah lemak dan mintalah pelayan anda untuk mengasingkan sos dari hidangan
  • Mengambil susu yang bebas lemak dan keju yang dibuat daripada 'milk skim' sebagai gantian kepada susu biasa
  • Mengambil sayuran sebagai hidangan tambahan kepada makanan bergoreng
  • Lebih baik membawa bersama buah-buahan atau kekacang sebagai bekal daripada mendapatkan makanan ringan daripada mesin-mesin makanan ringan
7. Mainan warna dalam pinggan
 Warna-warnikan pinggan anda dengan makanan yang sihat. Ini bukan sahaja akan menarik minat anda untuk makan bahkan juga menaikkan keinginan anda untuk merasa makanan tersebut. Setiap warna pada makanan anda melambangkan kandungan nutrisi untuk tubuh anda. Makanlah pelbagai jenis makanan kerana ia akan membantu anda melawan penyakit seperti kanser dan selesema. 'Mix-and-match' pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging yang tak berlemak.

8. Jangan tinggalkan waktu makan
 Yang ni penting, terutama sekali sarapan. Bila kita menahan lapar, ia akan membuatkan kita menghasilkan lebih banyak lemak berbanding membakarnya. Cuba ambil makanan ringan (yang sihat selalu) kerana ia boleh membantu anda membakar lemak, ditambah pula dengan kekerapan bersenam.

9. Jangan makan sebelum tidur
 Seelok-eloknya jangan makan dua jam setengah atau tiga jam sebelum tidur. Biarkan badan kita menghadam segala tenaga yang telah kita ambil sepanjang hari ni. Kebanyakan orang yang berjaya dalam misi menguruskan badan, mengakui ini adalah sebahagian daripada cara yang mereka lakukan.

10. Cara anda memandang perkara ini
 Ingat yang anda bukan sedang berdiet tetapi cuba mengubah cara hidup dan cara pemakanan yang betul.

p/s: Seriously.... Aku pun on process nak ubah cara pemakanan aku ni. Patutlah tak kurus-kurus sejak dulu. So, aku tak layak sebenarnya nak post entry ni, sebab...~ Tapi pape pun, jomlah kita sama-sama ubah cara pemakanan kita, k? Untuk peringatan bersama gak...! Hehehe....~

October 26, 2011

Seiyuu Debut Next Year

Rasanya dah lama plak tak buat review pasal anime or manga. So entry kali ni, aku review sikit pasal Nabuhiko Okamoto, seorang seiyuu (pelakon suara) yang bakal debut tahun depan di bawah label Kiramune, Lantis And Bandai's Visual. Setakat ni beliau dah menyumbangkan suaranya untuk beberapa anime termasuklah anime kegemaran aku; Rin Okumura (Blue Exorcist), Eiji Niizuma (Bakuman), Night Kijima (Sacred Seven), Abel (Slayers Revolution-R), Ivan Karelin/Origami Cyclone (Tiger and Bunny) dan juga Shin Kanzato (Persona -trinity soul-).

Beliau juga akan membuat persembahan di Kiramune Music Festival 2012 pada 17 hingga 18 Mac. Bersama Okamoto yang akan membuat persembahan pada festival tu juga ialah CONNECT, Irino Miyu, Hiroshi Kamiya, Daisuke Namikawa, Tetsuya Kakihara dan Trignal.

Jom kita kenal-kenal dulu dengan seiyuu bakal bergelar penyanyi ni....:

Nama: Nabuhiko Okamoto (岡本 信彦)
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1986 (25 tahun)
Tempat Asal: Tokyo, Japan
Jenis Darah: B
Tinggi: 168cm

website: Nobuhiko Okamoto @ Pro-Fit (Japanese stream)
blog: Blog Nobuhiko Okamoto ブログ「岡本的風景」 (Japanese Stream)



Video announcement untuk debut tersebut telah dibuat dan hanya boleh didapati di website rasmi Kiramune (dalam bahasa Jepun sahaja), but still korang boleh check-it-out kat [http://kiramune.jp/news/index.php?subaction=showfull&id=1319382242&archive=&start_from=&ucat=2&]

p/s: tak sabar lak aku tunggu nak dengar suara dia nyanyi.... Huah... かわいい!!!

October 25, 2011

Lately...~

Hasil kerja aku selama beberapa hari ni.... Masih amatur, masih diperingkat percubaan....~

Sebelum
Selepas

Takuya 8 (UVERworld)



Sebelum

Selepas

Kim Hyun Joong (SS501)
Sebelum

Selepas

L'Arc En Ciel wallpaper
p/s: korang leh copy, share or ape je kalau korang nak. Credit goes to the owner of the real pictures, thanks to google image search... hehehe...!!!






October 24, 2011

Cerita 1942-1944


Sekali lagi aku nak cerita pasal sejarah Tanah Melayu. Kali ni aku spesifik sikit. Kita cerita pasal penjajahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1944. Hanya dalam masa beberapa minggu atau beberapa bulan je negara Matahari Terbit ni menawan Tanah Melayu. Mungkin sebab ada beberapa faktor yang membolehkan dorang ni berjaya dalam misi penjajahan dorang ni berbanding Inggeris yang amik masa bertahun-tahun. Tapi tu bukan tujuan asal aku nak cerita, sebab tu fact yang semua orang tahu.

Pernah tak korang terfikir, kenapa Jepun serang Tanah Melayu? Padahal dorang takde niat pun nak membangun sesuatu negara tu (negara kita senang cerita). Nak kata dorang nak bebaskan rakyat Tanah Melayu dari orang Inggeris pun tak juga. Sebab dorang takde beza pun dengan penjajah kulit putih tu. Sama-sama menjajah. Cuma dorang takdelah nak korek hasil bumi tercinta ni, macam Inggeris yang buat macam harta dia sendiri. Padahal dorang tu menumpang je pun.

Kekejaman tentera Jepun semasa penjajahan mereka memang tak dapat dinafikan. Hakikat ni memang terbukti...
Apa yang pasti, Jepun dah tinggalkan banyak sumbangan. Antara kita sedar atau tidak. Semangat untuk membela nasib negara dan membebaskan negara dari penjajahan. Serta sifat kerajinan yang memang kurang dalam diri orang Melayu berjaya diubah oleh Jepun yang memang kita tahu sangat rajin. Kita tak payah cari contoh yang susah nak diingat, just fikir dalam masa beberapa bulan selepas tsunami melanda Jepun 12 Mac lalu Jepun kembali bangkit.

p/s: Sedar tak sedar sebenarnya Jepun masih menjajah kita dengan 'SELIPAR JEPUN.' Hahahaha.... Apa pun TQ kat cikgu Kenegaraan Malaysia sebab buat aku terfikir pasal ni.

October 23, 2011

Kepada sesiapa yang ternampak pos ni...

Beberapa bulan lalu, aku ada pos novel aku kat penulisan2u. Tak ramai yang bagi komen, aku pulak memang nak sangat orang komen novel aku tuh. Nak jugak tahu apa pendapat orang pasal cerita tu. So, to those yang ternampak pos ni silalah baca (kalau sudi, saya tak paksa).



p/s: jgn lupa komen k? Tq

October 20, 2011

Aku Budak Teruk!

Pengetahuan aku tentang agama memang sedikit…
Hubungan aku dengan Tuhan memang tak baik….
Aku selalu lupa diri, lupa bersujud, lupa bersyukur,
Kadang-kadang aku lupa mohon keampunan, lupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba, Malahan aku selalu lupa untuk berhenti seketika dan merenung kesilapan aku sendiri…

Pakaian aku mencerminkan siapa aku…
Cara aku menunjukkan siapa aku…

Orang lain tak pernah menipu, tapi aku menipu tu macam makanan ruji…
Orang lain tak pernah tinggal solat, tapi aku selamba je buat macam tu…
Orang lain takut dosa, tapi aku tak…
Orang lain nak masuk syurga, eh? Aku pun nak jugaklah…
Orang lain sayang mak dia, tapi aku lawan kot cakap mak aku…
Orang lain doa yang baik-baik ntuk kengkawan dia, tapi aku sumpah seranah je dorang…
Orang lain baik, tapi aku jahat…
Orang lain tak pernah buat dosa, tapi aku punya dosa berguni-guni…


Masa semua orang sibuk hafal quran, aku sibuk hafal lagu…
Kalau orang suka baca buku agama, aku baca komik…
Kalau orang dengar nasyid, aku dengar lagu bising…
Kalau perempuan tutup aurat pakai baju labuh-labuh, aku tutup aurat dengan cara aku…
Kalau perempuan lain pakai pakaian ala-ala ladies gitu, aku pakai seluar dengan t-shirt…

Dan kerana cara aku… tak sama macam cara mereka… mulalah proses ‘penjatuhan hukuman’…
Aku dituduh jahil tentang agama… tak tahu apa pun… ‘ZERO!’
Sampaikan orang rasa macam aku tak tahu pun dress code untuk sorang muslimat…
Aku memang tak tahu cakap pasal agama…
Bagi nasihat jauh sekali…
Dorang pun mulalah pandang serong pada aku…
Sebab cara aku berbeza…
Dipaksa aku berubah… Tapi aku tak nak…
Tapi… Ada dorang tanya aku kenapa? Takde… lagi skali dorang buat judgment sendiri….
Aku pula yang dituduh teruk… Aku memang teruk pun…

Sebab tulah… Aku memang teruk, tapi orang lain tak….!

p/s: 'pesan Nabi (s.a.w): bersangka baiklah kamu kepada ibu bapamu, dan orang lain.' Camnilah lebih kurang. Siapalah kita nak menghukumi seseorang hamba tu, sedangkan kita pun banyak melakukan dosa... Walahualam....~

October 19, 2011

Most Peaceful Country 2011


Mengikut Global Peace Index 2011,  antara10 negara paling aman adalah:

1. Iceland
2. New Zealand
3. Japan
4. Denmark
5. Czech Republic
6. Austria
7. Finland
8. Canada
9. Norway
10. Slovakia

Ni hanya sebahagiannya sahaja. Malaysia tercinta pulak berada di ranking ke-19 pada 2011. Untuk pembacaan lebih korang leh tengok kat [http://www.guardian.co.uk/news/datablog/2011/may/25/global-peace-index-2011#data

October 18, 2011

October 17, 2011

Penjajahan: Konspirasi atau Bantuan?

Huh, tak tahulah kenapa tiba-tiba aku tergerak nak tulis pasal penjajahan pula kali ni. Mungkin sebab aku baru balik dari kelas kenegaraan, tu yang membuatkan aku rasa terpanggil nak wat entry macam ni. Kalau cerita pasal sejarah Malaysia or Tanah Melayu or seangkatan dengannya, aku memanglah tak pro. Masa SPM pun dapat B3 je pun, itupun kire nasib baik. Tak payahlah aku nak panjang-panjangkan aku punye merepek ni, kan? Korang bukan minat nak baca pun. Meh aku straight to the point je.

Macam tajuk aku kat atas tu. Aku tak nak cerita facts yang korang memang dah tahu, even korang lagi tahu dari aku. Tapi aku just nak share pendapat aku tentang penjajahan ni. Dari pemerhatian aku, pembacaan aku yang tak seberapa dan cerita yang aku dengar sebelum ni, aku seolah-olah boleh nampak kat mana silapnya kita sampaikan kita terjajah hampir ratusan tahun. Ni point-point aku:


1. Kita sibuk bergaduh sesama sendiri.
Sebab apa aku state benda ni. Korang tengok contoh ek, masa zaman pemerintahan terdahulu tak kiralah sama ada raja atau pembesar dorang sibuk bergaduh sesama sendiri kerana mahukan kuasa pemerintahan. Dan dari situlah orang Inggeris mengambil kesempatan dengan kononnya nak membantu sesuatu raja atau pembesar itu.

2. Mudah tertipu.
Ni sangatlah terbuktinya, dari mula-mula datangnya Francis Light kat Pulau Pinang 1786, kononnya datang nak menawarkan bantuan. Dan selamba pulak tu kata Pulau Pinang masa tu takde undang-undang lagi padahal pada masa tu, dah wujud penempatan-penempatan kat pesisir pantai Pulau Pinang... etc. Tak cite yang selepas tu sebab agenda dorang same je.


3. Sebab zaman kejatuhan sesuatu tamadun.
Zaman kejatuhan Pemerintahan Melayu Melaka menjadi tapak permulaan kenapa kita boleh dijajah. Bermula dari Portugis pastu Belanda, Inggeris dan Jepun. Takdelah aku nak salahkah Sultan Melaka masa tu yang menyebabkan sejarah penjajahan bermula, tapi hakikatnya setiap tamadun itu pasti akan jatuh juga. Seperti yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun dalam buku beliau, lebih kurang macam ni ' Sesebuah tamadun itu bermula dari satu titik, dan ia kemudiannya berkembang dan akhirnya akan bertemu pada titik permulaan.' Kira senang cerita macam ni, korang bayangkan roda. hidup kita macam roda, bermula dari bawah, kemudian naik ke atas dan akhirnya turun ke bawah semula. macam tu juga dengan tamadun. Tapi tengoklah punca-punca kejatuhan tamadun itu sendiri. Kadang-kadang di sebabkan oleh keangkuhan pemerintah itu sendiri.


Dua kuasa dunia yang menjajah Tanah Melayu dan meninggalkan kesannya hingga kini.


Inggeris menjajah Tanah Melayu bermula pada tahun 1841- 1940
dan kemudiannya kembali ke Tanah Melayu 1946 -1957.
Tentera Jepun mula menjajah Tanah Melayu pada tahu 1941 -1945
Okey, tu antara point yang aku leh state sebab kenapa kita boleh terjajah. Tapi disebabkan kejatuhan dan penjajahan nilah masyarakat masa tu sedar tentang suatu perkara yang dipanggil semangat untuk mempertahankan bumi yang dipijak. Belajar erti sebenar tidak menyerah kalah dan keinginan untuk bebas.

p/s: Note aku ni bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak. Sama ada pemerintah terdahulu atau sesiapa sahaja yang terlibat. Aku cuma belajar dari sejarah dan nak berkongsi pendapat aku tentang penjajahan yang berlaku 54 tahun dulu. Eleh, aku pun bukan bagus sangat pun. Still terjajah kot.. Tengok playlist aku kat sebelah pun dah tau. Hahahaha....!

October 16, 2011

Story from my playlist PART 1

The 'HEROES COME BACK [+nobodyknows]'. "Hei, 'HANDS UP [2PM]'," he said. All the criminals like 'SHOCK [B2ST]', and they said "'I'LL BE BACK [2PM]'," before they 'TAKE OFF [2PM]' from the town. All the 'INNOCENT SORROW [ABS]' 'HOWLING [ABS]' for joy when the bad guys left.

"Don't worry there's a 'MICHI - TO ALL OF YOU [ALUTO]' because you're not 'ALONES [Aqua Timez]'. Under this 'AOI SORA [Aqua Timez]' we 'ITSUMO ISSHO [Aqua Timez]'." Said the heroes when the people of the town came to him. "This isn't a 'FICTION [B2ST], when there's a 'MYSTERY [B2ST]' and there's will be me. Because i'm goin' to 'KIMI NO MACHI MADE [Kung-fu Generation]'." He said later on.

to be continued.....  

October 15, 2011

Quotes Compilation

This is the story of


Where;


And



But;


'Cause

.

We have to


'Cause


Just


'Cause

.

It's 'bout to

.



Even though


'Cause

.

 Just

Because

.




October 14, 2011

I Wish...~

All this while, addmitted that I’m such a fool,
Didn’t know a single thing – things you called life,
Everything seems blurred to me,
Being here in my own space,
For quite long years.

That one stress day, we had met,
Starting with ‘Hi’, and things started to change,
World used to be cold towards me,
Now it welcoming me warmly.

And I don’t know what happened,
You now seemed fading away,
Keeping distance, departing far from we used to be,
Silence started to kill us,
I’m Losing Hope…

Oh…
I wish you were here now,
Being together again,
Fly towards the dreams we used to carved together.

Oh…
I wish we could do better,
Never thought ‘bout breaking the promises,
           But why you’re leaving?



[Bridge]: STOP! Stand still…
Please listen to my every words,
Calling out for you,
And this song humming for you,
And just for you.

You’re everything, everything we need,
Never wanted to be separate,
‘Cause we are ONE,
The clossest person on Earth.

Don’t you remember? Don’t you remember?
Times we had spend together?
Fight that we fought?
Laughing for stupidest things?

And I don’t know what happened,
You now seemed fading away,
Keeping distance, departing far from we used to be,
Silence started to kill us,
I’m Losing Hope…

Oh…
I wish you were here now,
Being together again,
Fly towards the dreams we used to carved together.

Oh…
I wish we could do better,
Never thought ‘bout breaking the promises,
           But why you’re leaving?




‘Cause…
I wish you to come back,
Oh… o…
           Wishing you’re here….!


Bangsa Qayyim

Serius, aku tak tahu macam mana nak start entry ni. Blur kejap pun ade jugak. Semalam punyalah beria-ia nak tulis tajuk ni, alih-alih terus lupa. Tulah lain kali kena buat notes dulu, barulah idea tu tak hilang, ye tak? K2... Aku tak nak melalut banyak-banyak. Kang korang kata, amendelah dia ni, kan? Hahaha...



Macam setengah orang maklum (yelah, sebab setengah orang tau, tapi ade jugak yang xtau), bangsa Qayyim ni bermaksud bangsa LEMBU. Nilah yang digelar oleh golongan zionis Israel pada bangsa-bangsa macam kita. Semua bangsa selain bangsa Israel, adalah bangsa LEMBU! Patutlah kan, selamba badak je dorang bunuh rakyat Palestin tu. Layan dorang macam binatang, rupanya memang dari awal dorang dah anggap rakyat Palestin ni tak ubah macam lembu (sori bahasa kasar sikit), tapi tulah hakikatnya. Israel anggap dorang sangat mulia, sejarah-sejarah terdahulu pun dah buktikan yang dorang memang bongkak dan sombong.


'Akan kami bunuh bangsa Qayyim,
Akan kami siat-siat kulit mereka,
Akan kami hirup darah mereka,
Akan kami pijak tubuh-tubuh mereka.'

Lirik di atas dinyanyikan oleh anak-anak bangsa Israel setiap pagi ketika mereka ke sekolah. Dengan usia seawal 5 6 tahun, dorang dah diajar berjihad. Membenci bangsa lain. Sedangkan anak-anak kita (xde anak lagi, k?) pula diajar 'Twinkle, Twinkle Little Star' la, lagu-lagu KPop la, dsb.... Bukanlah maksud aku kat sini, kita pun kena ajar anak-anak kita membenci bangsa lain, tapi kuatkan semangat berjihad dalam diri mereka. Nanti kalau kena serang ke apa, takdelah mereka duk kalut semacam. Ini bila umur dah 17 tahun baru nak kena antar pergi PLKN, baru nak ajar maksud berjihad (bukan jugak suruh korang antar anak korang pergi PLKN masa umur 5 6 tahun), maksud aku terapkan nilai tu dari kecil. Rasa untuk sayangkan negara dan bangsa. Juga semangat untuk mempertahankan agama. 

p/s: Kalau fikir balik betul juga kita ni macam lembu, ikut je apa pun yang orang suruh. Macam mana tak kena takluk, tak kena jajah? So, jomlah kita pakat-pakat berubah. Persiapkan diri dengan segala yang ada untuk memperkuatkan keimanan, rasa keinginan untuk berjihad. Mempertahankan bangsa dan agama. Erm... janganlah marah pulak bila aku kata kita ni macam lembu. Tu cuma pendapat aku je, kalau tak puas hati 'AKU MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT'.

October 13, 2011

Foto Masjidil Haram Yang Diambil Dari Satelit






p/s: Aku just copy paste (cilok dari orang), so credit goes to the owner of the pictures [http://kisahislami.com/foto-masjidil-haram-dilihat-dari-satelit/]

Mangaka Dijumpai Mati... ~_~;

Pada 9 Oktober yang lalu, mangaka 'Yoiko no Mokushiroku', 'Swweeet', 'China Girl' dan 'Strobe Light'; Kei Aoyama dijumpai mati di rumahnya di Bandar Komae, Tokyo dalam keadaan tergantung. Menurut pegawai polis dari Metropolitan Police Department's Chofu, tiada nota bunuh diri yang ditemui di tempat kejadian. Namun pada 6 Oktober, beberapa hari sebelum kejadian, mendiang seolah-olah memberi petunjuk melalui Twitternya. 'There are many unfinished things and dreams that I wanted to achieve, but there isn’t much that I look back on with regret.' Dan kerana itu, polis telah mengklifikasikan kes sebagai kes bunuh diri apabila mendapati tiada kesan pergelutan pada mayat mendiang, atau kesan pecah rumah.

Manga Yoiku no Mokushiroku yang masih diterbitkan oleh majalah Evening (Kondasha)

Manga Swweeet salah satu dari hasil nukilan mendiang
   p/s: Mendiang meninggal pada usia 32 tahun. Sebab bunuh diri masih tidak diketahui...~

Bila Manga Band Di'real-life'kan

Erm... korang mesti duk terfikir, 'apelah yang ko merepek ni', kan? Masa aku duk godek-godek tenet ni, terjumpa la pula satu band ni. Baru je debut tahun ni, dan dah keluarkan 2 single; Clover dan Michi. Dorang terdiri daripada 3 orang (2 lelaki n sorang pompuan). Band ni asalnya dari manga dan anime Sket Dance yang dilukis oleh Kenta Shinohara. Walaupun keseluruhan lirik berasal dari manga dan juga anime ni, tapi dah dipersembahkan secara real-life oleh THE SKETCHBOOK melalui laman web rasmi The Sketchbook Project.

Terdiri daripada:

Hiroshi Tada  
Position: Voice/Bassist
Age: 23 y.o (1 Feb 1988)
Hobbies: Lyricist, Composer
Tech. Feature: General Sport

Yuu Watanabe 
Position: Drummer
Age: 23 y.o (27 April 1988)
Hobbies: Comics, Sweets
Tech. Features: Yo, get a low voice
   
Riko Kohara
Position: Guitarist
Age: 21 y.o (3 Feb. 1990)
Hobbies: Cosplay
Special Skill: Cooking

CLOVER Album Cover
MICHI Album Cover

(Both Singles had been released on 28 Sept. 2011)

Sebenarnya aku pun tak tau banyak sangat pasal band ni (baru lagi kot). Pape pun... Jom layan dulu lagu dorang Michi ni.



For more info 'bout the band, check this link up [http://thesketchbook.jp/]

p/s: So far, aku rasa lagu ni okey. Best gak la....! Style Riko main gitar pun superb. Cayalah!