CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 28, 2011

Hari Ni Aku....~

Hari ni aku janji nak 'lunch' sesama dengan 'roommate', so aku turunlah pergi restoran kat bawah tu. Aku cari-cari dia kat restoran tu. Tapi dia tak muncul-muncul. Dah tu, aku pergilah tapau nasik aku dulu. Maklumlah semua orang dalam restoran tu dah pandang semacam dekat aku. Dah siap ambil nasi ngan bayar pun, aku naiklah balik sebab member aku tu tak muncul-muncul pun. Masa aku sampai depan pintu rumah, aku seluk poket seluar. Eh? Mana kunci rumah? Aku cari poket lagi satu. Eh? Mana? Aku mula nak kalut. Pastu aku ingatkan diri aku, 'Rileks, rileks! Kita call dia dulu.' Kata aku dalam hati. Aku seluk poket seluar lagi. Tiba-tiba muka aku terus jadi kemut semacam. Adehla... aku tertinggal hanset aku dalam bilik. Macam mana aku boleh lupa ni? Aku terus jadi tak tentu arah. Duk turun naik tangga tu, duk pikir macam manalah aku nak masuk.

 Dah puas aku ketuk pintu rumah, tapi tak berjawab. Eh? Dorang pergi kelas ke? Aku tertanya-tanya. So, aku duduklah lepak atas tangga tu sensorang sambil tunggu 'roommate' aku balik. Tiba-tiba aku ternampak sekor labah-labah tengah buat sarang dekat tangga tu. 'Isk, kesian ko labah-labah. Ko pun sensorang jugak ek?' Aku tanya labah-labah tu. Tapi dia buat bodoh je. Aku usik-usiklah dia, tapi still dia wat bodoh gak. Gerak sikit-sikit je. 'Ko ni, jomlah kawan dengan aku. Aku pun tengah takde kawan ni.' Aku cakap lagi kat lelabah tu, tapi still dia buat bodoh jugak. Siap buat-buat mati lagi, tensen je aku rasa.

 Aku tunggu lagi, tak lama kemudian 'roommate' ku sampai juga. Dia terkejut tengok aku atas tangga, tengah layan feeling sensorang. Aku pun gtau dia apa yang jadi, last-last dia bantai gelak jugak sebab dia pun tertinggal kunci masa nak g kelas tadi. Adoi... elok sangatlah. Dengan segala kudrat yang ada (sebab masa tu sangat lapar)  kitorang ketuk pintu rumah tu macam nak gila. Huhuhu.... Naik tensen 'roommate' aku sebab takde jawapan. Aku pula kontrol cool macam biasa, ketuk juga pintu tu. Hinggalah ada sorang 'housemate' kitorang yang bukak pintu tu. Huh, nasib baik.

 Tulah yang jadi tengah hari tadi, masa orang kalut-kalut nak pergi semayang Jumaat. Moral of the story, jangan lupa bawak kunci rumah ke mana sahaja korang nak pergi. Kalau lupa jugak bolehlah korang slow-slow buat kunci tu jadikan rantai, supaya korang tak lupa. Second moral, jangan lupa bawak hanset korang. hari ni baru aku sedar pentingnya hanset. Selama ni, aku selalu letak merata-rata hanset aku tuh. Third moral of the day, berbaik-baiklah dengan 'housemate' korang supaya senang korang nak mintak tolong. Jangan lupa juga untuk dapatkan nombor tepon dorang supaya senang korang nak kontek dia. 

Sekian...~

0 comments: