CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 08, 2011

Unsolved Mystery


Suatu petang yang biasa di bahagian barat daya Iowa. Bandar Villisca mula disirami dengan sinaran matahari di ufuk barat. Kedai-kedai sudah mula ditutup dan lampu-lampu mula menyinari rumah-rumah dan jalan-jalan di bandar itu. Alunan muzik jelas kedengaran dari Presbyterian Church, diselangi dengan bunyi tawa dan tepukan mesra. Tepat 9.30 malam, program Hari Kanak-kanak yang dianjurkan oleh gereja itu berakhir dan semua yang menghadirinya mula bergerak pulang, menuju ke rumah masing-masing.

Sarah Moore, pengaturacara majlis melangkah pulang bersama keluarganya. Suaminya Josiah atau J.B menemaninya pulang malam itu. Bersama mereka Herman, Chaterine, Boyd dan Paul serta dua orang kanak-kanak yang juga rakan kepada anak-anaknya Lena dan Ina Stillinger.

Pagi 10 Jun 1912, Mary Peckham, jiran keluarga Moore melangkah ke belakang untuk menyidai pakaian. Dia mula tertanya-tanya apabila masih tidak melihat kelibat Sarah pagi itu. Walhal, kebiasaannya wanita itu sudah mula bangun menguruskan keluarga, namun pagi itu rumah itu kelihatan sunyi sepi. Dan J.B sudah bersiap-siap untuk pergi bekerja. Rumah Moore yang sentiasa kecoh pada waktu pagi seolah-olah tidak berpenghuni pagi itu. Mungkinkah mereka sakit? Mary tertanya-tanya. Dia hanya memandang sahaja rumah itu dari jauh, sehinggalah dia mengambil keputusan untuk ke rumah itu. Suasana sungguh menyeramkan dalam rumah itu. Dia menunggu lagi sebelum mengetuk pintu itu buat kali kedua. Namun seperti tadi, masih tiada jawapan. Dia cuba membuka pintu itu untuk memanggil Sarah, namun nyata terkunci dari dalam.

Setelah lama menunggu, Mary ke reban kecil di belakang rumah itu dan melepaskan ayam-ayam peliharaan Moore keluar. Mungkin itu yang dapat saya buat untuk Sarah. Fikir Mary. Dia kembali ke rumahnya, namun entah mengapa fikirannya ligat memikirkan tentang jirannya itu. Entah mengapa juga rasa risaunya semakin memuncak. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menelefon Ross Moore, abang J.B yang berjanji akan ke sana secepat mungkin. Dan dari sinilah kisahnya bermula. Permulaan kepada episode penyiasatan terbesar pada era itu....

Continue reading... Click here [http://www.prairieghosts.com/villisca.html]







0 comments: