CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 31, 2011

5 Sebab Kenapa Mak & Ayah Korang Cool

Kengkawan ku sekalian... Assalamualaikum & selamat petang sume. Hari ni aku baiklah pulak, kan? Selalu takdenye aku post entry bagi salam dulu ke apa. Memang tak bagus aku ni... Hahahaha... Base on today's topic (cewah...~), aku nak kongsi ngan korang pendapat aku tentang parents kita. Well, aku tau... Dah ramai kot wat post entry macam ni, (macam biasa aku memang selalu ketinggalan pun...Haish!).



5 Sebab Mak Korang Cool:

i. Sebab boleh tahan kesakitan masa nak lahirkan kita.
Bayangkan betapa sakitnya mak kita nak lahirkan kita. Dahlah duk usung perut ke hulu ke hilir masa mengandungkan kita. Pastu nak lahirkan kita lagi. Pergh... memang super COOL sebab boleh tahan semua kesakitan tu. Kita sakit sikit dah menangis bagai nak rak... Huh! Tak cool.

ii. Sebab sanggup berjaga bila kita sakit.
 Pergh... yang ni sangat tak sanggup. Sanggup tu mak kita temankan kita bila kita sakit. Tambah-tambah lagi kalau yang masuk hospital. Sanggup mak kita tunggu kita kat hospital tu. Tidur pun beralaskan lengan. Tapi bila bangun pagi tu... Dia tetap COOL, macam takde pape. 

iii. Sebab dia tukang masak terhebat.
 Haa... yang ni korang mesti setuju ngan aku. Mak kita memang terer masak. Masakan siapa paling sedap?? Bukan Chef Wan tapi mak kita la... Try korang pi tengok mak korang kat dapur. Pergh... Kalah Chef Wan. Dalam masa 60 minit tu, dah berapa jenis lauk dia boleh masak. Chef Wan? Ce jawab... Ce jawab...! Memang COOL la...

iv. Sebab dia tempat kita kongsi problem.
 Eh? Tak? Tipulah tu.... Siapa yang korang akan gitau kalau korang ade pakwe? Mak, kan? Sebab mak kita super COOL, kita sanggup cerita semua kat dia. Sebab dialah yang paling paham kita. Membe-membe tu memanglah, tapi apa-apa pun mesti gitau mak dulu, kan? 

v. Sebab dia orang paling sabar atas muka bumi ni.
 Huhuhu.... sape larat nak layan kerenah anak 5 6 orang macam ni. Tengok mak kita COOL memanjang. Terel tuh jaga anak dia sampai boleh masuk universiti semua. Tak ke COOL tuh? Kita... adik kacau sikit dah mula nak melenting. Membe gurau sikit dah mula nak hanginla, kecik ati la. Huh? Tak sabar sungguh.



5 Sebab Ayah Korang Cool:

i. Sebab dia satu-satunya orang yang keluar cari rezeki.
 Siang malam dia kerja, untuk sape lagi kalau bukan untuk keluarga sendiri. Balik penat-penat still boleh senyum lagi siap boleh ajak bergurau lagi. Kadang-kadang tu sampai tak cukup tidur. COOL je. Kita penat sikit dah mulalah nak marah-marah. Huh? Tak patut, tak patut.

ii. Sebab bila korang minta apa pun mesti dapat.
 Ayah kita memang COOL, try korang mintak topup ke... Duit ke... Mesti dia akan bagi. Walaupun kadang-kadang dia sendiri takde duit. Sanggup tu bagi jugak semate-mate nak senangkan anak dia. Kita pula, selamba je guna duit yang dorang bagi untuk beli benda lain. Huh? Tak bersyukur sungguh.

iii. Sebab dia orang paling prihatin.
 Kalau korang takde duit ke... Mesti dia orang pertama yang akan tahu. Korang sorok macam mana pun die mesti tau. Sebab dia sangat prihatin dengan korang. COOL, kan? Macam ade kuasa psikik lak. 

iv. Sebab die orang yang paling tenang.
 Betul....! Ayah korang rileks je... COOL manjang. Korang jatuh motor ke? Korang sedih ke? Die tetap COOL. Tapi percayelah... dia sebenarnya risau gila kat korang. Nampak je macam takde pape reaksi, sebenarnya dalam hati tu... dup dap dup dap... Korang je tak tau. 

v. Sebab kalau takde dia... kita....
 Huh...! Yang ni korang kena setuju dengan aku. Sangat! Kalau takde ayah, kita mungkin akan berbin/berbintikan Abdullah (kecuali orang yang memang ayah dia nama Abdullah). Ataupun tak berbin/berbintikan langsung. Huhuhu... Tak ke haru tuh? Sebab tulah ayah kita COOL, sebab dia most important person on Earth.

p/s: Huhuhu... rindu pulak aku kat mak ngan ayah aku kat kampung. Sebab dorang memang SUPER DUPER COOL. Lambatnya nak cuti... -_-!

0 comments: