CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 24, 2011

Cerita 1942-1944


Sekali lagi aku nak cerita pasal sejarah Tanah Melayu. Kali ni aku spesifik sikit. Kita cerita pasal penjajahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1944. Hanya dalam masa beberapa minggu atau beberapa bulan je negara Matahari Terbit ni menawan Tanah Melayu. Mungkin sebab ada beberapa faktor yang membolehkan dorang ni berjaya dalam misi penjajahan dorang ni berbanding Inggeris yang amik masa bertahun-tahun. Tapi tu bukan tujuan asal aku nak cerita, sebab tu fact yang semua orang tahu.

Pernah tak korang terfikir, kenapa Jepun serang Tanah Melayu? Padahal dorang takde niat pun nak membangun sesuatu negara tu (negara kita senang cerita). Nak kata dorang nak bebaskan rakyat Tanah Melayu dari orang Inggeris pun tak juga. Sebab dorang takde beza pun dengan penjajah kulit putih tu. Sama-sama menjajah. Cuma dorang takdelah nak korek hasil bumi tercinta ni, macam Inggeris yang buat macam harta dia sendiri. Padahal dorang tu menumpang je pun.

Kekejaman tentera Jepun semasa penjajahan mereka memang tak dapat dinafikan. Hakikat ni memang terbukti...
Apa yang pasti, Jepun dah tinggalkan banyak sumbangan. Antara kita sedar atau tidak. Semangat untuk membela nasib negara dan membebaskan negara dari penjajahan. Serta sifat kerajinan yang memang kurang dalam diri orang Melayu berjaya diubah oleh Jepun yang memang kita tahu sangat rajin. Kita tak payah cari contoh yang susah nak diingat, just fikir dalam masa beberapa bulan selepas tsunami melanda Jepun 12 Mac lalu Jepun kembali bangkit.

p/s: Sedar tak sedar sebenarnya Jepun masih menjajah kita dengan 'SELIPAR JEPUN.' Hahahaha.... Apa pun TQ kat cikgu Kenegaraan Malaysia sebab buat aku terfikir pasal ni.

0 comments: