CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 17, 2011

Penjajahan: Konspirasi atau Bantuan?

Huh, tak tahulah kenapa tiba-tiba aku tergerak nak tulis pasal penjajahan pula kali ni. Mungkin sebab aku baru balik dari kelas kenegaraan, tu yang membuatkan aku rasa terpanggil nak wat entry macam ni. Kalau cerita pasal sejarah Malaysia or Tanah Melayu or seangkatan dengannya, aku memanglah tak pro. Masa SPM pun dapat B3 je pun, itupun kire nasib baik. Tak payahlah aku nak panjang-panjangkan aku punye merepek ni, kan? Korang bukan minat nak baca pun. Meh aku straight to the point je.

Macam tajuk aku kat atas tu. Aku tak nak cerita facts yang korang memang dah tahu, even korang lagi tahu dari aku. Tapi aku just nak share pendapat aku tentang penjajahan ni. Dari pemerhatian aku, pembacaan aku yang tak seberapa dan cerita yang aku dengar sebelum ni, aku seolah-olah boleh nampak kat mana silapnya kita sampaikan kita terjajah hampir ratusan tahun. Ni point-point aku:


1. Kita sibuk bergaduh sesama sendiri.
Sebab apa aku state benda ni. Korang tengok contoh ek, masa zaman pemerintahan terdahulu tak kiralah sama ada raja atau pembesar dorang sibuk bergaduh sesama sendiri kerana mahukan kuasa pemerintahan. Dan dari situlah orang Inggeris mengambil kesempatan dengan kononnya nak membantu sesuatu raja atau pembesar itu.

2. Mudah tertipu.
Ni sangatlah terbuktinya, dari mula-mula datangnya Francis Light kat Pulau Pinang 1786, kononnya datang nak menawarkan bantuan. Dan selamba pulak tu kata Pulau Pinang masa tu takde undang-undang lagi padahal pada masa tu, dah wujud penempatan-penempatan kat pesisir pantai Pulau Pinang... etc. Tak cite yang selepas tu sebab agenda dorang same je.


3. Sebab zaman kejatuhan sesuatu tamadun.
Zaman kejatuhan Pemerintahan Melayu Melaka menjadi tapak permulaan kenapa kita boleh dijajah. Bermula dari Portugis pastu Belanda, Inggeris dan Jepun. Takdelah aku nak salahkah Sultan Melaka masa tu yang menyebabkan sejarah penjajahan bermula, tapi hakikatnya setiap tamadun itu pasti akan jatuh juga. Seperti yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun dalam buku beliau, lebih kurang macam ni ' Sesebuah tamadun itu bermula dari satu titik, dan ia kemudiannya berkembang dan akhirnya akan bertemu pada titik permulaan.' Kira senang cerita macam ni, korang bayangkan roda. hidup kita macam roda, bermula dari bawah, kemudian naik ke atas dan akhirnya turun ke bawah semula. macam tu juga dengan tamadun. Tapi tengoklah punca-punca kejatuhan tamadun itu sendiri. Kadang-kadang di sebabkan oleh keangkuhan pemerintah itu sendiri.


Dua kuasa dunia yang menjajah Tanah Melayu dan meninggalkan kesannya hingga kini.


Inggeris menjajah Tanah Melayu bermula pada tahun 1841- 1940
dan kemudiannya kembali ke Tanah Melayu 1946 -1957.
Tentera Jepun mula menjajah Tanah Melayu pada tahu 1941 -1945
Okey, tu antara point yang aku leh state sebab kenapa kita boleh terjajah. Tapi disebabkan kejatuhan dan penjajahan nilah masyarakat masa tu sedar tentang suatu perkara yang dipanggil semangat untuk mempertahankan bumi yang dipijak. Belajar erti sebenar tidak menyerah kalah dan keinginan untuk bebas.

p/s: Note aku ni bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak. Sama ada pemerintah terdahulu atau sesiapa sahaja yang terlibat. Aku cuma belajar dari sejarah dan nak berkongsi pendapat aku tentang penjajahan yang berlaku 54 tahun dulu. Eleh, aku pun bukan bagus sangat pun. Still terjajah kot.. Tengok playlist aku kat sebelah pun dah tau. Hahahaha....!

0 comments: