CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 26, 2011

Seiyuu Debut Next Year

Rasanya dah lama plak tak buat review pasal anime or manga. So entry kali ni, aku review sikit pasal Nabuhiko Okamoto, seorang seiyuu (pelakon suara) yang bakal debut tahun depan di bawah label Kiramune, Lantis And Bandai's Visual. Setakat ni beliau dah menyumbangkan suaranya untuk beberapa anime termasuklah anime kegemaran aku; Rin Okumura (Blue Exorcist), Eiji Niizuma (Bakuman), Night Kijima (Sacred Seven), Abel (Slayers Revolution-R), Ivan Karelin/Origami Cyclone (Tiger and Bunny) dan juga Shin Kanzato (Persona -trinity soul-).

Beliau juga akan membuat persembahan di Kiramune Music Festival 2012 pada 17 hingga 18 Mac. Bersama Okamoto yang akan membuat persembahan pada festival tu juga ialah CONNECT, Irino Miyu, Hiroshi Kamiya, Daisuke Namikawa, Tetsuya Kakihara dan Trignal.

Jom kita kenal-kenal dulu dengan seiyuu bakal bergelar penyanyi ni....:

Nama: Nabuhiko Okamoto (岡本 信彦)
Tarikh Lahir: 24 Oktober 1986 (25 tahun)
Tempat Asal: Tokyo, Japan
Jenis Darah: B
Tinggi: 168cm

website: Nobuhiko Okamoto @ Pro-Fit (Japanese stream)
blog: Blog Nobuhiko Okamoto ブログ「岡本的風景」 (Japanese Stream)



Video announcement untuk debut tersebut telah dibuat dan hanya boleh didapati di website rasmi Kiramune (dalam bahasa Jepun sahaja), but still korang boleh check-it-out kat [http://kiramune.jp/news/index.php?subaction=showfull&id=1319382242&archive=&start_from=&ucat=2&]

p/s: tak sabar lak aku tunggu nak dengar suara dia nyanyi.... Huah... かわいい!!!

0 comments: