CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 07, 2011

Kekasih Yang Agung

1st baca tajuk ni, korang mesti fikir 'ek eleh, jiwanglah pulak', kan? Tapi serius, memang jiwang sikit la.... Hahahaha... Diutuskan kepada umat akhir zaman, ntuk dijadikan penyuluh ke arah kehidupan yang lebih baik. Berjalan berlandaskan hukum Tuhan dan bukannya berlandaskan nafsu semata-mata. Mengajar manusia erti kehidupan sebenar. Kasih sayangnya melebihi segala-galanya. Syafaatnya dicari, keredhaannya adalah keredhaan Tuhan yang satu. Kekasih yang agung yang aku maksudkan (comform korang dah boleh teka), Muhammad S.A.W.

Aku tertarik dengan satu artikel tulisan Dalia Salaheldin. Beliau menceritakan 10 sebab untuk jatuh cinta pada junjungan besar Nabi Muhammad. Antara 10 sebab yang dinyatakan dalam artikel tu, ialah:
1. Nilai kemanusiaan yang ada dalam dirinya
2. Sifat kebapaannya
3. Kesetiaannya pada Siti Khadijah
4. Kesabarannya saat kematian anak-anaknya
5. Kelembutannya sebagai seorang datuk
6. Keikhlasannya terhadap perasaan orang lain
7. Sifatnya yang suka tersenyum dan berjenaka
8. Model terbaik sebagai hamba Tuhan
9. Sifat belas terhadap makhluk lain
10. Kasih sayangnya pada Siti Aisyah

Aku ni bukanlah jenis orang yang tau sangat pasal agama, kalau nak nasihatkan orang kembali ke pangkal jalan pun aku bukanlah orang yang sepatutnya korang cari. Kalau tanya pasal sirah-sirah nabi pun aku tak pandai nak cerita, but aku suka baca pasal sirah-sirah nabi-nabi, sahabat-sahabat dorang & juga kaum-kaum yang ada pada zaman dorang. Jadikan iktibar, walaupun kadang-kadang tersasar juga.

Semua orang sibuk dengan pakwe doranglah, awek doranglah.... Sampaikan ade yang anggap bf/gf dorang tu memang TERBAEKKLAHHH! Tapi, pernah tak korang terfikir patut tak korang sayangkan bf/gf korang sampai sanggup lakukan apa sahaja ntuk dorang? Aku memang takde hak untuk jawab soalan tu... Korang fikirlah sendiri.

p/s: Teringat pula satu cerita, lebih kurang macam ni. Satu hari Saidina Umar berkata kepada Nabi s.a.w, katanya 'Aku menyayangimu seperti aku menyayangi diriku, wahai Rasulullah.' Lalu berkata baginda, 'Bukan sahabatku, katakanlah bahawa kamu menyayangiku lebih dari dirimu sendiri.' Kemudian Saidina Umar mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Cerita ni aku baca kat satu link ni, tapi lupa kat mana...

Untuk baca artikel Dalia Salaheldin klik link ni 10 Reasons To Fall For Prophet Muhammad | iluvislam.com + discover the beauty of islam

0 comments: