CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 27, 2011

10 Cara Pemakanan Yang Berkesan

 Okey entry kali ni aku nak kongsi pasal 10 cara untuk pemakanan berkesan.

1. Makanan ringan.
 Kali ni ape kata kalau kita tukar makanan ringan yang selalu kita makan tu pada makanan ringan yang lebih sihat. Sebagai contoh, instead kita makan junk-food (terutama yang ada banyak kalori tu) kita makan buah-buahan pula. Macam pisang ke? Betik ke? Epal ke, (kan orang cakap 'an apple a day keep a doctor a way'). Ataupun kita makanlah makanan macam oatmeal bars ke? Apa yang pasti kurangkan kalori dalam makanan ringan tu.

2. Masa membeli belah
 Okey, kalau kita pergi membeli belah kurang ke bahagian-bahagian makanan ringan. Kita pilihlah ke bahagian yang menjual makanan segar yang pastinya kurang kolestrol dan bahan pengawet yang komfem tak baik untuk badan.

3. Baca label dahulu
 Baca label yang ada dekat kotak makanan atau pun tin-tin mahupun botol-botol makanan yang kita ambik tu. Sama ada 'low-fat' atau 'light'. Bagaimanapun, jika ia dilabel sebagai 'low-fat', makanan tersebut masih tinggi dengan kandungan sodium dan mungkin juga ia akan kurang gula tetapi masih tinggi dengan kandungan lemak. Seelok-eloknya baca dulu fakta nutrisi yang ada.

4. Penyukatan pengambilan makanan
 Yang ni rasanya senang untuk kita lakukan. Contohlah senang, kan? Kalau kita makan nasi, kita sukat berapa banyak yang kita nak ambil dengan menyukatnya menggunakan tapak tangan. Sesetengah orang juga menggunakan genggaman tangan untuk menyukat jumlah makanan yang mereka nak ambil. Kedua-dua kaedah ini bersamaan dengan secawan makanan (nasi) yang akan kita ambil.

5. Menahan diri dari mengambil makanan yang tidak sihat
 Cuba kita tahan diri kita dari mengambil makanan yang tak sepatutnya. Ajar diri sendiri untuk memilih makanan yang perlu kita makan. Rasa manisnya buah epal tu pastinya tak boleh nak melawan rasa manis gula, tapi itulah yang perlu kita lakukan. Kita perlu melatih deria rasa supaya menggemari makanan-makanan seperti buah dan sayur.

6. Lemak alternatif
 Maksud kat sini, kita perlu tahu lemak-lemak alternatif selain yang sedia. Contohnya:

  • Guna mustard dan bukan mayo
  • Guna 'brown rice', 'whole wheat', 'rye' atau 'oat bread' dan bukan roti putih biasa
  • Guna daging 'turkey' atau ayam dan bukan daging lembu 
  • Lebih baik membakar atau merebus daripada menggoreng 
  • Minum lebih banyak air kosong daripada jus atau soda
  • Gunakan sos yang rendah lemak dan mintalah pelayan anda untuk mengasingkan sos dari hidangan
  • Mengambil susu yang bebas lemak dan keju yang dibuat daripada 'milk skim' sebagai gantian kepada susu biasa
  • Mengambil sayuran sebagai hidangan tambahan kepada makanan bergoreng
  • Lebih baik membawa bersama buah-buahan atau kekacang sebagai bekal daripada mendapatkan makanan ringan daripada mesin-mesin makanan ringan
7. Mainan warna dalam pinggan
 Warna-warnikan pinggan anda dengan makanan yang sihat. Ini bukan sahaja akan menarik minat anda untuk makan bahkan juga menaikkan keinginan anda untuk merasa makanan tersebut. Setiap warna pada makanan anda melambangkan kandungan nutrisi untuk tubuh anda. Makanlah pelbagai jenis makanan kerana ia akan membantu anda melawan penyakit seperti kanser dan selesema. 'Mix-and-match' pelbagai jenis sayuran, buahan dan daging yang tak berlemak.

8. Jangan tinggalkan waktu makan
 Yang ni penting, terutama sekali sarapan. Bila kita menahan lapar, ia akan membuatkan kita menghasilkan lebih banyak lemak berbanding membakarnya. Cuba ambil makanan ringan (yang sihat selalu) kerana ia boleh membantu anda membakar lemak, ditambah pula dengan kekerapan bersenam.

9. Jangan makan sebelum tidur
 Seelok-eloknya jangan makan dua jam setengah atau tiga jam sebelum tidur. Biarkan badan kita menghadam segala tenaga yang telah kita ambil sepanjang hari ni. Kebanyakan orang yang berjaya dalam misi menguruskan badan, mengakui ini adalah sebahagian daripada cara yang mereka lakukan.

10. Cara anda memandang perkara ini
 Ingat yang anda bukan sedang berdiet tetapi cuba mengubah cara hidup dan cara pemakanan yang betul.

p/s: Seriously.... Aku pun on process nak ubah cara pemakanan aku ni. Patutlah tak kurus-kurus sejak dulu. So, aku tak layak sebenarnya nak post entry ni, sebab...~ Tapi pape pun, jomlah kita sama-sama ubah cara pemakanan kita, k? Untuk peringatan bersama gak...! Hehehe....~

0 comments: