CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 09, 2011

Tragedi 4 Disember




Korang yang belajar kat area pantai timur mesti ingat cerita ni, kan? Tragedi 4 Disember yang ditulis oleh Dzul Karnain Ithnain. Novel kajian untuk tingkatan 2. Cerita ni berkisar tentang 5 orang pelajar yang mengikuti perkhemahan Pengakap dan Pandu Puteri sekolah, Kamarul Azam, Razi, Zanawati, Lina Lim dan Rendera. Pelbagai situasi mereka tempuhi sepanjang perkhemahan tu. Kamarul Azam dan Razi yang diculik dan macam-macam kejadian lagi. Tu sedikit sebanyak sinopsis yang sangat pendek dari aku.

Tapi tu bukan topik asal aku sebenarnya. Lepas berapa lama tinggalkan sekolah, barulah aku perasan. Rupanya novel tulisan Dzul Karnain Ithnanin ni berdasarkan kisah sebenar. Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang  34 tahun lalu.Kemalangan yang dah meragut 100 orang penumpang dan anak kapal (kalau tak silap).

Klik untuk baca [http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm]

p/s : Rasanya ramai yang dah post pasal ni, agaknya aku ni ketinggalan la sikit. Tapi takpe... credit still goes pada blogger-blogger terdahulu dan sumber-sumber yang aku dapat.

0 comments: