CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

October 28, 2011

Kawasaki Disease

Isk... Sebut je Kawasaki mesti terbayang dalam kepala korang motosikal atau apa sahaja kenderaan yang berjenama Kawasaki. Aku bukan nak cerita pasal motor (walaupun aku suka dengan motor), tapi sejenis penyakit yang dikenali sebagai Kawasaki Disease (KD). KD berlaku pada kanak-kanak di mana mereka mengalami keradangan pada salur darah.

Penyakit ni selalunya berlaku di Jepun, yang mana ia menjadi negara pertama penyakit tersebut ditemui. Di US pula, selepas disahkan mengidap 'Congenital Heart Defects' (sejenis penyakit berkaitan dengan pembuluh darah), ia seterusnya akan menyebabkan penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak pengidap KD. Pesakit biasanya berusia kurang dari 5 tahun dan selalunya menyerang kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Malangnya KD adalah penyakit yang sukar untuk difahami. Sebab penyakit ini masih belum ditemui. Ia mungkin juga disebabkan oleh 'Autoimmune Disorder' (ketidakbolehan kesan daripada membran mukus, 'lymph nodes', dinding pada salur darah dan juga jantung.)

KD boleh menyebabkan keradangan pada pembuluh darah terutama 'coronary arteries'. Keradangan ini seterusnya boleh membawa kepada 'Aneurysms' yang mana ia akan menyebabkan serangan jantung walaupun kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, kejadian ini jarang-jarang berlaku.

Terdapat beberapa simptom KD, yang mana Kawasaki Disease biasanya bermula dengan demam yang teruk (>102°F > 104°F). Demam yang berlarutan selama 5 hari dianggap sebagai tanda-tanda biasa. Demam tersebut akan berlarutan hingga 2 minggu dan mungkin tidak akan hilang dengan dos seperti acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen.


Simptom lain termasuklah:
a. Mata yang kemerahan
b. Bibirnya kemerahan, pecah-pecah atau terluka
c. Membran mukus berwarna kemerahan dalam mulut
d. Lidah kemerahan, selaput putih pada lidah atau ketulan merah di bahagian bawah lidah
e. Tapak tangan kemerahan dan tapak kaki
f. Kebengkakan pada tangan dan kaki
g. Ruam pada kulit di bahagian tengah badan, BUKAN seperti melepuh
h. Kulit menggelupas di bahagian sulit, tangan dan kaki (terutama di sekitar kuku, tapak tangan dan tapak kaki)
i. Bengkak pada 'lymph nodes', terutama pada bahagian leher
j. Rasa sakit dan bengkak pada sendi (selalunya berlaku pada kedua-dua belah badan)

Simptom-simptom lain termasuklah:
a. Mudah marah
b. Diarrhea, muntah-muntah dan sakit perut
c. Batuk dan selesema

p/s: Sampai sini je. Selebihnya korang baca sendiri... ^^ Klik untuk baca >>> [Kawasaki Disease]. Tau tak? Anak John Travolta antara pesakit penyakit ni dan anak beliau dah meninggal dunia pun.

0 comments: