CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

November 11, 2011

Nilai Sebuah Kehidupan


Hari ni kelas PI. Seriously aku memang ngantuk kat kelas tadi. Bukan sebab aku tak suka kelas tu, tapi sebab semalam sampai lambat dari kampung. Dekat pukul 3 aku baru aku tido. Pergh... memang ngantuk tak hingat la tadi. Masa aku duk layan rasa ngantuk aku tuh, tetiba ustaz yang mengajar tu tanya soalan yang cukup menyegarkan minda. 'Kenapa ramai orang bukan Islam yang lebih senang dari orang Islam tu sendiri? Sedangkan Islam adalah agama yang benar?' Erk? Kontroversinya soalan ustaz ni... Tapi aku jadi terfikir balik. ye tak ye jugak. Kenapa ya? Dia cakap lagi, 'Siapa yang lebih kaya? Orang Islam atau orang kafir?', 'Siapa lebih maju? Orang Islam atau orang kafir?' Ya, betul! Jawapan dia, orang kafirlah. Hanya sebilangan kecil sahaja orang Islam yang maju dan kaya, sedangkan yang kafir melebihi kita dalam semua aspek. 'Tapi, bukankah Islam itu agama yang benar?'. Pergh... semua orang terkedu kejap. Selama ni kita tak pernah terfikir tentang hal ni.

  Ustaz tu sambung lagi, 'Ini semua kerana Maha Pengasihnya Allah pada makhluknya. Andai kata kehidupan dunia ini ada nilainya pada sisi Allah, nescaya orang kafir itu tidak akan diberi rezeki walau seberat sayap nyamuk pun.' Kitorang terkedu lagi. 'Kenapa orang Islam susah untuk mengecap kekayaan? Atau kemajuan? Itulah yang dinamakan sebagai ujian, dan setiap ujian itu ada balasannya.' Aku angguk kepala. Setuju dengan pendapat ustaz tu. Senang cerita macam ni, korang pergi exam dan lepas tu berusaha jawab soalan-soalan yang memang memeningkan kepala, dan akhirnya mendapat keputusan exam tu. Ok atau tak bergantung pada usaha korang selama ni. So, same thing goes to 'ujian kesenangan' di dunia ni. Kesusahan atau kemunduran itu ibarat satu ujian, dan kita berusaha untuk memperbaiki kehidupan sendiri dan akhirnya mendapat keputusannya (Syurga atau Neraka) berdasarkan amal di dunia.

 Ah, seriously! Aku betul-betul tak sesuai nak terangkan semua ni secara detail. Korang boleh rujuk mana-mana ustaz, ustazah or ilmuan lain sebab dorang lebih berpengetahuan tentang hal-hal macam ni. Tapi kadang-kadang kita kena fikir juga, di mana letaknya Islam itu di mata dunia? Sampai bila kita mahu dicop pengganas sedangkan hakikatnya kita bukanlah seperti yang mereka labelkan (Cewah, ayat macam penceramah plak aku ni. Hahahaha...) So... Fikir-fikirkanlah..!

p/s: Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia mengubahnya sendiri."

0 comments: