CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

August 27, 2011

3 Soalan 1 Penampar

Cerita ni tentang seorang pemuda yang baru je pulang dari luar negara. 'Beliau' telah meminta ibu bapanya mencari seorang imam atau kiyai atau sesape sahaja yang terer bab-bab agama ni ntuk 'beliau'. Keesokan harinya, ibu bapa 'beliau' telah membawa seorang kiyai ntuk 'beliau'. Berikut adalah perbualan antara 'beliau' dengan kiyai tersebut.

Pemuda:Siapakah anda? Dapatkah anda menjawab 3 soalan saya ini. Kerana tiada sorang profesor atau doktor pon yang mampu menjawab pertanyaan saya ni.

Kiyai: InsyaAllah saya dapat menjawabnya.

Pemuda: Baiklah. Soalan pertama, "JIKA TUHAN ITU WUJUD,BUKTIKAN KEWUJUDAN TUHAN ITU." Soalan kedua, "APAKAH YANG DINAMAKAN SEBAGAI TAKDIR." Dan soalan terakhir, "SYAITAN ITU DIJADIKAN SEBAGAI API, DAN NERAKA JUGA DARI API. SUDAH TENTU SYAITAN ITU TIDAK MERASA PANAS DENGAN API NERAKA ITU."

Lantas Kiyai itu menampar pemuda itu sepenuh hatinye. Terkejut pemuda itu dengan tamparan kiyai terbabit, lantas bertanya mengapa kiyai itu menampar mukanya. Dan dengan selamba, kiyai tersebut menjawab.

Kiyai: Adakah saudara sakit dengan tamparan saya itu?

Pemuda: Sudah tentu.

Kiyai: Kalau begitu, buktikan adanya sakit itu... (Pemuda itu menggelengkan kepala dan menjawab yang dia tidak boleh membuktikan wujudnya rasa sakit itu.) Itulah jawapan ntuk soalan pertama, kita tahu wujudnya Tuhan dan kewujudanNya dapat dilihat pada ciptaanNya.

Kiyai: Adakah saudara tahu yang saya akan menampar saudara? ('Beliau' menggelengkan kepala.) Nah, itulah yang dinamakan sebagai takdir. Sudah ditakdirkan yang saudara akan ditampar oleh saya.

Kiyai: Tangan saya ini dibalut oleh kulit, bukan? ('Beliau' menganggukkan kepala-setuju) Sakit bukan bila kulit bertemu kulit. Hal yang sama berlaku pada syaitan yang dijadikan daripada api dan dibakar dengan api neraka.

Maka, terjawablah soalan-soalan yang dikemukakan oleh pemuda itu. Jadi, renung-renungkanlah siapa kita sebenarnya. Janganlah terlalu berbangga dengan kejayaan yang ada, kerana ia hanya sebesar kuman sahaja. Huhuhu...!




0 comments: