CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

December 11, 2008

40 Tunang

Di sebuah kampung, tinggallah seorang gadis bersama ibunya yang sudah tua. Usia gadis itu sudah melangkaui 30-an, sudah layak digelar anak dara tua. Malang sungguh dirinya, sudah 39 rombongan peminangan tiba, namun satu pun yang tidak menjadi. Sedih dan malu apabila dia terpaksa mendengar segala cemuhan dari orang kampung yang sememang sedkit 'busy body' itu. Bukan dia tidak cantik, malah dia lebih cantik dari mana-mana gadis yang ada di dalam kampung itu. Namun, jodohnya belum juga muncul. Dia nekad. Nekad untuk berkahwin, impian setiap orang di muka bumi. Dia berusaha untuk berubah. Menjadi lebih lemah lembut dan sopan santun. Akhirnya penantiannya akan berakhir. Satu rombongan akan tiba untuk meminangnya. Sungguh tidak sabar rasanya gadis itu, dan dia mula mempersiapkan dirinya untuk menyambut peminangan itu. Apabila tiba hari yang ditunggu, rombongan yang dinanti itu di sambut dengan penuh meriah. Salam diberi, maka bermulalah semuanya. Persetujuan dari kedua-dua belah pihak telah dicapai, dan tarikh pun ditetapkan. Setelah itu, berkatalah si ibu kepada rombongan itu. "Jemputlah makan tengah hari dahulu sebelum berangkat pulang." Dan dengan rasa berbangga dan gembira, pelawaan itu disambut. Si gadis ke dapur, ingin mula memasak dan menunjukkan kepakaran memasak yang ada padanya agar rombongan itu yakin bahawa tidak sia-sia memilihnya. Dia membuka penutup bekas beras untuk mengambil beras yang disimpan. Tak semena-mena melompatlah seekor tikus lalu gadis itu menjerit lalu berkata. "Tak guna punya binatang! Terkejut beruk aku!" katanya lantang sungguh. Dan para ahli rombongan itu saling berpandangan, dan mereka terus pulang sebelum sempat makan tengah hari lagi. Si ibu menggelengkan kepalanya seraya berkata, "Tak jadi lagi kawin nampaknya. Sekali suara JANTAN keluar da..."

~~~alahai, apalah nasib~~~

0 comments: