CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

December 05, 2008

Aku yang suka bangunan

Bangunan... tak kira dalam keadaan apa pun aku tetap mengaguminya. Macam mana seorang manusia biasa yang dianugerahkan akal dan bakat mampu mereka sebuah bangunan. Lihat sahaja berapa hebatnya bangunan yang di bina oleh Nabi Allah Ismail dan bapanya Ibrahim membina Kaabah, yang hingga kini menjadi tumpuan seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Alangkah indahnya kalau diberi peluang merantau ke seluruh dunia, melihat sendiri bangunan-bangunan pencakar langit yang amat aku minati sejak dulu. Setiap kali memandang bangunan pencakar langit pasti aku berasa kagum. Kekaguman yang tinggi, hinggakan aku berharap suatu hari nanti aku dapat mereka salah sebuah bangunan yang bakal menjadi kebanggaan kepada semua. Hehehe...

Alangkah bijaknya mereka yang mendapat ilham untuk membina bangunan-bangunan tersebut. Lihat sahaja Eifel Tower di Paris, atau Taj Mahal di India. Atau mungkin Colosseum di Rom. Jangan lupa pada Menara Berkembar Petronas. Atau Masjid Nabawi di Madinnah yang cukup hebat. Semuanya hanya dapat di reka dan dibina oleh mereka yang genius semata-mata.

0 comments: