CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

December 05, 2008

Dark Clover

Deruan nafasnya semakin laju. Lorong suram dan lembap dengan bau yang kurang menyenangkan itu terus dilaluinya. Tidak lagi menghiraukan tentang itu semua. Beberapa ekor tikus yang berkeliaran turut melarikan diri. Salakan anjing kedengaran sayup-sayup. Langkahnya semakin laju. Peluh mula memercik, membasahi tubuhnya. Dia menoleh ke belakang. Nafasnya turun naik menahan sesak. Tercungap-cungap. Namun dia tidak mahu berhenti. Terus melangkah selaju yang mungkin walaupun langkahnya kian perlahan. Terus memaksa diri untuk terus berlari, dan melangkah tanpa henti.

Telinganya dapat menangkap bunyi deruman motosikal yang semakin menghampiri. Tawa-tawa yang kuat dan jelas itu seolah-olah satu kengerian baginya. Peluhnya semakin membasahi dahi dan baju yang hampir lencun itu. Terasa bagaikan nyawanya akan diragut sebentar lagi. Aku tak nak mati…! Suara itu bergema di dalam kepalanya. Tubuhnya menggigil. Sempat menoleh melihat ‘malaikat maut’ yang semakin menghampiri.

DAM!!!


~~bersambung~~

0 comments: