CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Cool People

December 11, 2011

Propa Politik: Politikus atau Platipus?

Huh, beberapa hari ni kepoh cite pasal hukum hudud. Tak habis-habis. Aku bukanlah nak cerita pasal hudud ni... Ni hukum Allah, bukan manusia. Takleh dibuat main. Kalau nak bercakap pun biarlah ada ilmu yang cukup, kalau agak-agak ilmu ciput je.. baik ko rentikanlah. Tak guna... Macam tin kosong je. Tambah dosa adalah. Beberapa hari ni orang sibuk dengan video ni dari Youtube. Haih, camni punya orang pun ada ka?


Haih... Banyak komen-komen yang aku baca. Seriously, aku bukan nak berpolitik kat sini. Ni just pendapat aku. Korang yang leh terima, oklah... Thanks...! Yang takleh terima lak... Sorry sangat-sangat. 1st tu memang lah terfikir nak share dekat FB gak benda ni. Tapi macam tak kesampaian je apa yang aku nak sampaikan. Ok... Back to main topic. Mula-mula sekali aku nak cakap 'PERGH... orang yang buat video ni memang super duper "CERDIK"!. Respek giler. Rasa cam nak termuntah aku tengok. Hahaha....! Entahlah, dari dialog dorang ni aku rasa macam nak tergelak. Seolah-olah Hudud ni adalah suatu hukuman yang dibuat oleh manusia, bukannya hukum dari Allah. Video ni macam nak tunjukkan kebodohan sendiri je. Aku tak tahulah apa yang dia fikir masa buat skrip ngan video ni. Macam tak baca buku pun ada jugak. Aih, kesian! Propa... propa....! 

2nd yang buat aku macam panas bila benda ni menimbulkan isu perkauman. Aih, sesama Melayu pun nak gaduh ke? Sama agama lak tu. Kelantan itulah, Kelantan inilah. Yelah, aku marahlah sebab aku orang Kelantan. Aku berkawan je ngan semua orang. Tak kiralah ko dari Kelantan ke, Johor ke, Sarawak ke Sabah ke...? Semua aku kawan. Tak racist pun. Nak suruh aku berkawan satu dunia pun boleh. Erm... Paling aku takleh blah komen sorang minah ni. Pergh... Pedas gila. Orang Kelantan ni racist. Aku terpikir balik. Entahlah, may be sebilangannya kot. Tapi, kalau difikir-fikirkan balik, orang Kelantan ni macam diperanaktirikan adalah. Nak kata orang Kelantan ni racist pun biarlah beragak sikit, kak. Kalau betul orang Kelantan ni racist dorang tak payah susah-susah nak kuar dari Kelantan tu. Buat apa nak keluar dari Kelantan kalau nanti kena bercampur dengan orang dari negeri lain. Baik dorang terperap je dalam Kelantan tu. 

Aih, mentang-mentanglah banyak medium yang boleh digunakan sekarang ni, macam-macam cara orang guna nak jatuhkan orang lain. Seriously, aku tak menyebelahi mana-mana pihak. Jangan sat gi aku kena buang kolej, buang negara sebab cakap macam ni. Haih, risau gak. Tapi ikut Perlembagaan Malaysia, setiap orang bebas ntuk menyuarakan pendapat asalkan tidak mengganggu keselamatan negara. Kalau korang nak mengundi nanti, undilah calon. CALON, key? Bukannya parti. Sebab yang menggerakkan parti tu manusia (calon), bukannya parti tu bergerak sendiri. Lainlah kalau PATI. Korang kena ingat... Salah pilih calon menjawablah nanti kat akhirat. Same goes to every leader. Kalau Tuan-tuan, Dato' Datin, tak jalankan tugas yang diberikan. Tak menjaga amanah. Pun akan menjawab nanti kat akhirat. Kalau sorang je rakyat, ok lagi. Kalau 1000, sejuta macam mana? Saidina Umar Al-khatab pun tak bagi anak-anak dia jadi pemimpin. "Biarlah aku sahaja keturunan al-Khatab yang akan menjawab soalan dari rakyat di akhirat kelak." Sampai macam tu skali, tapi kita ada terfikir macam tu?

Erk... terpanjang pulak entry aku kali ni. Korang mesti bosan. Apa pun, yang aku nak tekankan kat sini. Hudud ni hukum Allah. Hukum yang lebih sempurna dari hukum buatan manusia yang dibuat berlandaskan akal. Tuhan tu lebih mengetahui, dan Islam adalah agama syumul. Erm.... renung-renungkan dan selamat beramal...!

p/s: Hehehe... Aku saje je tambah platipus kat tajuk tu. BTW, korang yang terasa ke apa ke... aku minta maaf lagi skali. TQ for reading this....^^

0 comments: